Rangkuman Penuh Kes Dera Adik Yaya Oleh Ibu Tiri Kejam Sehingga Patah 13 Tulang
Sabarlah adik Yaya. Ketahuilah bahawa Tuhan menyayangi kamu. #PrayforYaya.
Cover image via SAYS.comWajahnya cengkung, seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut, kepalanya luka terkoyak, belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna
"Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering."
Yaya yang dahulunya seorang periang dan ceria telah bertukar menjadi seorang yang pasif.
Image via siemens-melayumaju.blogspot.com
Menurut Sana, Yaya diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu
Manurutnya lagi, sebelum ini bekas suaminya itu tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya.
Namun minggu lalu, Sana menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya itu dan berkata tidak mahu menjaga Yaya dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya
Sana membawa Yaya ke Hospital Golok yang kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu.
Selepas doktor membuat pemeriksaan, masa depan Yaya tampak kabur dan gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan (tengah).
Image via www.bharian.com.my
Selain itu, usus Yaya juga dikatakan berlipat sehingga mengganggu sistem pencernaan. Pembedahan utama di bahagian perut dilakukan segera dan mengambil masa selama 2 jam.
Satu persoalan yang timbul daripada orang ramai ialah, "Siapakah bapa dan ibu tiri Yaya yang kejam itu sehingga sanggup mendera budak 5 tahun ini sampai patah 13 tulang?"
Jawapan akhirnya terbongkar. Imej wanita bertudung litup manis ini yang dikenali dengan nama Raisha Hassan menjadi viral sebaik sahaja berita tentang Yaya mendapat perhatian.
Menurut orang ramai, inilah ibu tiri Yaya yang kejam itu. Muka saja manis tapi hati seperti binatang.
Image via Facebook Raisha Hassan
Dan ini pula gambar Raisha bersama suaminya, iaitu
bapa kandung Yaya
Image via Facebook Raisha Hassan
Dimanakah mereka? Pada mulanya, hasil siasatan polis mendapati bahawa pasangan muda itu dipercayai melarikan diri ke Thailand susulan kejadian tersebut untuk bersembunyi di sana.
Pihak polis bagaimanapun berjaya menahan pasangan terbabit di Kota Bharu pada Ahad, 28 Jun 2015 jam 9 malam. Mereka direman empat hari bermula Isnin, 29 Jun bagi membantu siasatan.
Ibu tiri bersama bapa kandung Yaya akhirnya berjaya ditangkap.
Image via www.themalaysiantimes.com.my
