Rangkuman Penuh Kes Amuk 4 Wanita Terhadap Pemandu Teksi. Siapa Yang Salah?

Semuanya bermula apabila satu daripada dua klip video menjadi viral di Facebook.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com

[TERKINI] Bapa 'Gadis Myvi' Didakwa Cederakan Pemandu Teksi

Image via SAYS.com

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan Syed Fareid dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes

6 April: 'Cikgu Azmi' boleh dihukum penjara maksimum lima tahun

Image via hmetro.com.my

Bagaimanapun Azmi mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan. Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

3 April: [SAYS BONGKAR] Pemandu teksi Encik Azmi pernah terlibat dalam satu lagi kes buli pada 2013

Laporan polis yang diterima oleh sumber SAYS Seismik

Image via SAYS.com

Hasil siasatan lanjut SAYS mendapati pemandu teksi dalam kes 'amuk' ini, pernah terlibat dalam kes buli dua tahun lalu

Sumber SAYS Seismik menemui laporan polis yang dibuat pada tahun 2013 oleh seorang mangsa, juga di balai polis Shah Alam.

Menurut mangsa 19 tahun, pemandu teksi terbabit, Azmi Mokhtar tiba-tiba memasuki laluan secara mengejut sehingga memaksanya untuk brek.

Mangsa kemudian membunyikan hon kepada Encik Azmi, yang seterusnya bertindak bersaing dengan mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat. Ia tidak terhenti di situ.

**Baca laporan penuh yang kami temui di bawah:**

Laporan polis trafik yang dibuat pada tahun 2013 ke atas pemandu teksi, Encik Azmi

Image via SAYS.com

Encik Azmi juga telah mengugut mangsa sehingga mangsa membuat laporan kedua untuk perlindungan keselamatannya

**Persoalannya, jika apa yang dilaporkan kepada polis ini benar, kenapa Encik Azmi masih lagi dibenarkan memandu teksi?**

Laporan polis kedua yang ditemui sumber SAYS Seismik

Image via SAYS.com

Selain membuat laporan kemalangan kepada polis trafik, mangsa yang sama juga telah melaporkan ugutan Encik Azmi terhadapnya kerana terdengar ugutan Azmi yang suruh beliau berwaspada kerana dia akan "lakukan sesuatu".

Mangsa yang ingin melindungi keselamatan dirinya dan keluarganya mengaku takut kes "dibunuh, dilanggar lagi" dan fobia untuk memandu setelah insiden itu berlaku.

**Baca laporan penuh kedua:**

29 Mac: Kecoh, heboh dan gamat laman sosial negara dengan satu kes dimana tiga wanita dirakam mengamuk terhadap seorang pemandu teksi di Shah Alam pada Ahad.

31 Mac: Laman Facebook Oh! Media dipercayai antara yang terawal mencetuskan perbualan orang ramai sejak Selasa apabila memuat naik video dengan tajuk 'Amukan Puaka Secara Berjemaah' beserta kapsyen yang agak sarkastik

Video ini menunjukkan seolah-olah wanita-wanita ini bersifat kurang ajar terhadap pemandu teksi tersebut. Jelas terserlah perbuatan mereka menghamburkan kata-kata kesat kepadanya dengan nada suara yang tinggi.

Ia difahamkan dirakam oleh isteri kepada pemandu teksi itu.

Video tersebut terus menjadi viral dalam sekelip mata dan menjadi bualan hangat para netizen. Memandangkan kes Kiki tahun lalu masih lagi segar dalam ingatan, orang ramai terus mencemuh dan mengutuk sikap yang ditunjukkan oleh wanita-wanita terbabit.

Walau bagaimanapun, Oh! Media kemudian mendedahkan satu lagi video yang dirakam oleh salah seorang wanita berkenaan. Dan kali ini, ia memaparkan sikap pemandu teksi terbabit yang bertindak ganas terhadap mereka.

Pihak Oh! Media sekaligus mengambil tindakan untuk 'edit' posting mereka sebelum ini dengan kemaskini terbaru.

Oh! Media juga telah mencantumkan kedua-dua video itu dan menjadikannya satu video panjang berdurasi 2 minit 29 saat. Saksikannya sendiri di bawah:

**Bahagian pertama:** Video yang dirakam oleh isteri kepada pemandu teksi.

**Bahagian kedua:** Video yang dirakam oleh salah seorang wanita yang terlibat.

Setelah video dari kedua-dua pihak didedahkan kepada umum, tanggapan netizen mula berubah dan orang ramai lebih nampak punca kejadian itu sebenarnya datang dari pemandu teksi tersebut

Meskipun begitu, masih tidak ada bukti yang jelas. Soal siapa yang salah dan siapa yang betul tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

Pada hari yang sama, bapa saudara kepada empat wanita itu memuat naik satu status yang menyatakan bahawa, pemandu teksi itu ada melakukan serangan fizikal terhadap mereka

Disertakan sekali bersama status itu beberapa keping gambar bukti kesan lebam dan luka di muka wanita-wanita berkenaan akibat ditumbuk oleh pemandu teksi terbabit

Malah beliau turut memuat naik satu gambar 'screenshot' komen daripada salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian

Di balai polis pula, bapa kepada empat wanita itu bertindak menumbuk pemandu teksi berkenaan sebaik tiba sehingga menyebabkan pendarahan di hidung

Image via Oh! Media

1 April: Dalam perkembangan terbaru, SAYS berpeluang menghadiri satu sidang media yang telah diadakan khas malam semalam oleh bapa kepada wanita-wanita tersebut, bersama peguam dan juga bapa saudara mereka

(Dari kiri) Bapa saudara, Syed Farieh Hassan, bapa, Syed Fareid Binyahya dan peguam, Sarah Mohd Ali.

Image via SAYS.com

Ikuti sidang media yang sempat kami rakamkan di bawah:

Sementara itu, pemandu teksi terbabit, Azmi Mat Mokhtar (atau 'Cikgu Azmi') mendakwa sebenarnya dia yang ditendang dan dipukul dahulu malah berani bersumpah atas nama Allah bahawa dia tidak memulakannya

Image via hmetro.com.my

Jadi, apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami pada ruangan komen di bawah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda juga mungkin meminati:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: