Wanita Maut Selepas Dipukul Dengan Topi Keledar Oleh Anggota Polis

Anggota polis bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan wanita tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via bipolarpndabear.deviantart.com

[TERKINI] Anggota polis pukul wanita sampai mati boleh dihukum gantung

Muhammad Faizal dibawa seorang anggota polis untuk menghadapi pertuduhan membunuh Nik Nurzielawati di Mahkamah Majistret di Kota Tinggi.

Image via kosmo.com.my

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 13 Mei depan.

13 April: Seorang wanita berumur 35 tahun maut apabila dia dipukul seorang anggota polis dengan topi keledar motosikal di Mersing, Johor pada 12 April 2015

Anggota polis itu kemudian membawa wanita tersebut dengan motosikalnya ke kawasan rekreasi terdekat untuk meredakan ketegangan

Gambar sekadar hisasan.

Image via bipolarpndabear.deviantart.com

Menurut Timbalan Superintendan Polis Daerah Mersing S.M. Kumar, anggota polis yang telah bertugas selama 19 tahun itu telah mengakibatkan kecederaan di kepala wanita tersebut dan menyebabkan mangsa pengsan

10 minit kemudian, suspek pulang ke rumah untuk mendapatkan keretanya sebelum menghantar wanita tersebut ke Hospital Mersing

Setelah kejadian dilaporkan, pasukan polis bergegas ke hospital berkenaan untuk menahan anggota polis tersebut

Apa yang terjadi selepas itu tidak dilaporkan dalam mana-mana laman berita.

Baru-baru ini seorang gadis berumur 20 tahun maut setelah ditikam bekas tunangnya. CERITA PENUH:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: