11 Langkah Untuk Dapat Tiket Bas Murah Dan Tak Payah Beratur Balik Raya Ini
Bersedia atau belum nak balik kampung?
Cover image via utusan.com.mySempena Syawal yang bakal tiba tidak kurang 3 minggu saja lagi, pastinya aktiviti pembelian tiket bas sedang rancak berlangsung. Yelah, siapa je yang tak nak balik kampung raya ni kan?
Tetapi, seperti biasa menjelang saja musim perayaan jualan tiket bas boleh dikatakan sangat laju. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, menangis tak berlagu lah jawabnya.
Image via giphy.com
Jadi, hari ini kami ingin berkongsi kepada anda 11 langkah untuk mendapatkan tiket bas murah dan mudah yang telah dikongsikan oleh Travelog MR.Traveller di laman Facebook. Hanya melalui online sahaja!
1. Buka laman web www.redbus.my. Kalau guna desktop, akan keluar laman begini dan anda tuliskan nak ke mana dan bila. Kemudian, klik Search Buses.
(Jika guna mobile better klik View Desktop)
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
2. Maka akan keluarlah senarai bas berkaitan perjalanan anda. Pilihlah mana yang anda mahukan. Setelah lihat seat bas yang masih ada, klik View Seats.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
3. Ok, sekarang dah keluar laman ini. Anda klik dan pilih kerusi yang anda nak. Jangan pilih kerusi driver pula ya. =P
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
4. Ok sekarang anda masukkan details perjalanan. Isi semua yang diminta tu. Senang je!
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
5. Sekarang ni tengok harga sebelah kanan tu, pada asalnya RM54.00 untuk dua orang. Ini memang harga asal. Kalau beli kat kaunter bas inilah harganya. Sekarang, apa yang anda kena buat adalah taip redbus20 pada kotak "I Have an Offer Code".
Lepas taip tu dengan lafaz bismillah, anda klik Apply.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
6. Nah, sekarang harga telah turun. Banyak tu. Offer ni tengok juga, pernah mereka bagi offer sampai 50%. Kalau ada offer tu kena taip Redbus50 . Tapi biasanya mereka akan bagi 20%.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
7. Dah sekarang bayarlah, mana ada free. Untuk memudahkan pembayaran, klik pada Net Banking tu. Ini untuk pembayaran online. Pilihan Net Banking mungkin tak keluar jika guna mobile, lebih baik pakai desktop view.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
8. Sekarang klik Make Payment tu dan tunggu sebentar
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
9. Ini list pembayaran online yang boleh anda pilih. Pilih akaun bank anda. Tunggu sebentar dan ikuti langkah seterusnya.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
10. Laman ini akan keluar. Klik pada processing untuk proses pembayaran seperti biasa.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
11. Taraaa!! Lepas berjaya anda akan dapat comfirmation tiket pada email dan handphone anda. Terpulang sama ada mahu print atau tidak. Tunjuk pada kaunter tiket sebelum menaiki bas.
Seperti di TBS, mereka akan bagi tiket baru selepas anda tunjuk nombor booking tersebut.
Image via Travelog MR.Traveller/Facebook
Sekarang anda sudah boleh menaiki bas dan jangan lupa baca doa naik kenderaan. Mudah bukan?
Selamat mencuba!

