39 Cara Menandakan Kertas Undi Anda Selain ‘X’ Yang Sah Di Sisi Undang-Undang
Banyak lagi cara lain ya untuk menandakan kertas undi anda.
Cover image via postimg.ccMenurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi dibolehkan menanda kertas undi dengan pelbagai cara lain, meskipun tanda 'X' merupakan yang paling ideal.
Image via SPR
Berikut merupakan cara lain untuk menanda kertas undi anda:
Rantaian gambar ini diambil dari 'Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Image via SPR
Image via SPR
Jika tanda itu masih di dalam ruangan nama calon, ia masih diterima:
Image via SPR
Image via SPR
Selain itu, jika pengundi menanda di ruangan simbol calon, juga diterima
Image via SPR
Image via SPR
Menanda dengan lebih dari satu tanda seperti berikut, juga diterima:
Image via SPR
Image via SPR
Image via SPR
Jika penandaan itu tersasar sedikit dari kotak yang disediakan ia masih diterima tetapi jangan sampai masuk ke kotak calon lain ya!
Image via SPR
Image via SPR
Walaupun kertas undian terdapat sedikit kerosakan seperti terkoyak, selagi ia tidak menjejaskan nombor siri dan cop rasmi, ia masih boleh diterima
Image via SPR
Cara lain yang diterima adalah dengan menandakan calon pilihan menggunakan dakwat di jari, tetapi pastikan tidak terkena pada kotak calon lain ya!
Image via SPR
Image via SPR
Jika terdapat sedikit dakwat dari jari pengundi terkena bahagian luar kertas undi, ia masih diterima
Image via SPR
Ini pula merupakan perkara yang perlu dielakkan ketika membuang undi:
Kertas undi yang tidak dicop dengan cop rasmi SPR dan tiada nombor siri perlu ditukar serta-merta dengan kertas undi yang baru
Image via SPR
Jika pengundi tanda lebih dari satu calon, undian anda akan dikira sebagai undi rosak
Pastikan tiada tanda di belakang kertas undi sebelum membuang undi. Jika ada, jangan teragak-agak untuk meminta kertas yang baru.
Image via SPR
Image via SPR
Jika tanda di luar kotak nama calon dan logo calon, ia juga tidak akan diterima
Image via SPR
Sebarang petunjuk yang dapat mengenal pasti pengundi juga tidak akan dikira sebagai undi yang sah
Image via SPR
Image via SPR
