Seramai 410,500 Peminjam PTPTN Tak Pernah Bayar Hutang Walau Satu Sen

Kerajaan sepatutnya memungut RM18.79 bilion tetapi hanya sebanyak RM 12.13 bilion sahaja yang berjaya dikutip hingga 30 September.

  • Hampir setengah juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak membayar satu sen daripada sejumlah RM2.79 bilion yang dipinjam

    • Memetik laporan NST, Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejumlah RM 6.84 bilion telah dipinjam yang mana 410,500 orang daripada mereka gagal membayar walau sesen pun.

      Beliau dalam jawapan bertulisnya memberitahu kerajaan sepatutnya memungut RM18.79 bilion tetapi hanya sebanyak RM 12.13 bilion sahaja yang berjaya dikutip hingga 30 September.

    • "Daripada RM6.84 bilion, sejumlah RM2.79 bilion melibatkan peminjam yang masih belum membayar satu sen, manakala RM4.05 bilion lagi melibatkan mereka yang masih membayar, tetapi tidak mengikut jumlah ansuran yang ditetapkan.

      "Daripada 410,500 peminjam yang masih belum membuat pembayaran, 355,272 peminjam yang melibatkan RM2.44 bilion adalah Bumiputera manakala 55,228 peminjam yang melibatkan RM0.35 bilion adalah bukan Bumiputera," katanya.

  • Menurutnya, semenjak PTPTN ditubuhkan, seramai 1,900,743 peminjam sudahpun bergraduasi daripada universiti sehingga 30 September

    • Tambahnya lagi, jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh seorang Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa, yang bertanyakan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai jumlah peminjam yang sudah melangsaikan pinjaman, membayar separuh daripada pinjaman atau gagal membayar pinjaman PTPTN tersebut.

      "Daripada jumlah RM12.13 bilion yang sudah dibayar, RM6.55 bilion telah dipungut daripada 970,330 peminjam Bumiputera, manakala RM 5.58 bilion lagi dikutip daripada 519,913 peminjam bukan Bumiputera," katanya.

  • Bulan lalu, dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada mereka yang melangsaikan pinjaman PTPTN menjelang Disember tahun depan

    • Diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan separuh daripada pinjaman, serta mereka yang membuat pembayaran melalui potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual.

      Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada 410,500 peminjam tersebut, 58% daripadanya adalah mereka yang sudahpun menamatkan pengajian mereka dalam tempoh empat tahun lalu, manakala 41% lagi adalah mereka yang sudah bergraduasi dalam tempoh 5 hingga 12 tahun lalu.

      Baki 1 peratus lagi adalah mereka yang sudah bergraduasi lebih daripada 12 tahun yang lalu.

      Sumber: NST

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi mengenai PTPTN:

Leave a comment