Belanja Awek Dan 14 Lagi Hakikat Sebenar Ke Mana Pelajar Belanjakan Duit PTPTN. Ehem!
Betul ke guna duit pinjaman ni untuk study je? =P
Cover image via SAYSPTPTN dan pelajar berpisah tiada
PTPTN adalah pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar sewaktu menuntut di IPT. Tidak kiralah di universiti awam mahupun swasta. Ia diberikan kepada sesiapa yang layak memohonnya. Kehadiran PTPTN seringkali menjadi penantian buat mereka yang mengambil pinjaman ini. Yelah, kata orang dengan duit inilah mereka dapat meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. Betul ke?
Orang kata bila duit dah masuk bank, hanya tuhan saja yang tahu betapa kayanya diri kita waktu tu. Hehe…
Image via SAYS
Tapi sebenarnya, penggunaan PTPTN ni selalunya lari dari fungsi utama yang kononnya digunakan untuk pembelajaran. Kalau nak tahu, inilah hakikat sebenar ke mana duit PTPTN selalunya disalurkan:
Image via loanstreet.com
1. Makan di kafe hipster
Biasalah bila duit PTPTN dah masuk, kita mestilah gunakan untuk duit makan. Tetapi *life as a student* ni sebenarnya lain sikit. Bila rasa dah kaya sangat, mulalah masing-masing buat *food hunting*. Restoran kalau boleh tak nak kalah, mesti nak yang mahal dan paling penting hipster. Barulah boleh *upload* kat Instagram kan? Hehe
2. Shopping sakan
Ini selalunya terjadi pada pelajar perempuan. Tak dinafikan pelajar lelaki juga ada yang berperangai seperti ini. Nak *shopping* tu pun selalunya mesti barang-barang yang *branded* sikit. Barulah puas dan berbangga depan kawan-kawan. Tak gitu?
3. Beli handphone baru
Ini paling normal sekali. Bila dapat je duit PTPTN maka akan keluarlah *handphone* baru. Jenama terkenal yang sering menjadi pilihan semestinya iPhone. Haaa ada juga yang setiap semester yang akan beli telefon baru. Bila tanya mana dapat duit, mati-mati tak nak mengaku guna duit PTPTN. Hiks.
Image via jalantikus.com
4. Beli laptop
Bila dah bergelar *student* universiti ni, laptop adalah antara barang penting yang perlu ada. Sebab dengan adanya laptop inilah, pelajar dapat siapkan *assignment*. Macam biasa untuk buat *report, presentation* semuanya memerlukan 'khidmat' laptop. Tapi ada juga tak nak kalah, kalau boleh angkat Macbook terus. Apa ada hal? PTPTN kan hadoo?
*But… assignment copy paste* je…
Image via www.cnnindonesia.com
6. Tengok wayang
Tipulah kalau anda tak pernah gunakan duit PTPTN ini untuk berhibur sakan. Salah satunya mestilah menonton wayang. Setiap *movie* baru yang keluar di pawagam, anda mesti akan menontonnya. Kononnya nak jadi orang pertama yang tengok dalam kalangan kawan-kawan. Kalau sebelum dapat PTPTN, selalu layan *online movie* je dalam bilik. Tapi *once* duit PTPTN dah masuk, masa tu tiket mahal pon dah tak kisah. Kan?
Image via giphy.com
7. Belanja awek
Zaman universiti ni juga sebenarnya adalah antara zaman mengenali erti cinta. Ada yang berhasrat, masuk universiti bukan saja untuk belajar semata-mata malah mencari pasangan sehidup semati. Jadi, bila dah jumpa *someone*, pastinya mereka akan menghabiskan masa bersama paling tidak sekali seminggu. Waktu inilah pelajar lelaki akan gunakan wang pinjaman mereka untuk belanja kekasih hati mereka. Ya, gunakan duit PTPTN!
Image via www.vbctulsa.com
8. Karaoke
*Student* ni bukan saja suka makan, malah diorang memang suka berkaraoke. Boleh dikatakan ini antara hobi paling lazim yang ada pada pelajar-pelajar universiti. Waktu tengah sengkek mungkin mereka hanya akan ke *karaoke box* sahaja (atau selalu kita gelarkan karaoke jamban). Tapi, apabila duit PTPTN dah masuk, waktu inilah mereka akan ke pusat karaoke yang mahal-mahal. Yang siap hidang buffet lagi. Contohnya Red Box. Waktu ni, pusat karaoke keluarga dah tak pandang dah.
Image via giphy.com
9. Assignmentsssss…
*Print assigment, photostate* nota dan sebagainya juga adalah antara faktor penyumbang kepada pengurangan duit pinjaman PTPTN ini. Biasalah, dah nama pun *student* bukan? Malah ada juga yang terpaksa belanjakan duit ini untuk menyiapkan projek atau *assignment* yang memerlukan mereka untuk *travel* dan sebagainya. Kadang-kadang memang tak nak, tapi sebab terpaksa.
Image via www.quickmeme.com
10. Travel sana sini
Bila duit dah banyak, kita pun akan perasan kaya. Waktu ni mula lah nak *travel* sana sini. Lagi best buat *road trip* dengan kawan-kawan. Yang ini memang best dan seronok!
Terima kasih PTPTN!
Image via Instagram @zaidi_aziz
11. Beli motosikal
Ini kebiasannya terjadi kepada pelajar lelaki. Tahun pertama mungkin boleh tahan lagi, naik bas turun bas. Tetapi lepas masuk saja tahun berikutnya, pastinya masing-masing mahu mempunyai kenderaan sendiri. Tambah-tambah lagi, kalau *stay* luar kampus. Walaupun hakikat sebenar nak bonceng buah hati kat belakang je. =P
Image via giphy.com
12. Duit muka beli kereta
Dah ada motor, tak tahan panas pula katanya. Kononnya lagi, kalau hari hujan tak dapat ke kelas. Jadi dengan adanya alasan-alasan ini dapat mengukuhkan lagi sebab utama nak berkereta. Tapi ada juga yang berkereta sebenarnya nak nampak lebih hebat dari kawan-kawan lain kan? Tapi penyudahnya, tayar kena *clamp*. Hmm melayang pulak lah duit bayar saman.
Image via prokereta.com
13. Bayar duit saman universiti
Bila dah ada kereta pulak, masalah yang akan timbul pastinya *parking* kereta yang memang tak pernah cukup. Hanya yang bernasib baik saja, akan dapat *park* kereta mereka di kawasan *parking* pelajar. Jadi, bila *parking* dah tiada, mereka pun akan *park* saja kereta mereka di mana-mana. Lepas tu kereta pun kena *clamp*. Jadi duit yang ada hanyalah untuk bayar saman. Itu belum saman sebab tak tampal *sticker* dan sebagainya. Maka pokailah mereka.
14. Join MLM
Haa.. sesiapa yang buat macam ni sila angkat tangan! Tak mengaku lah tu. Ya, memang ada dan kami yakin dalam ramai-ramai kawan anda tu, mesti anda tahu siapakah gerangannya. Kan?
Image via www.syafiqsalim.com
15. Modal kahwin
Jangan tak sangka, ini memang terjadi. Ada yang mengumpul duit PTPTN ini dari awal semester hingga semester akhir semata-mata untuk berkahwin. Cuba cek, kalau ada kawan-kawan yang kahwin sewaktu *study* tu, cuba tanya dapat duit dari mana?
Ehem tapi bukan semua ya. Hehe.
Image via pwincessayra.blogspot.com
Setuju?
Image via giphy.com

