Penuntut UPNM Didakwa Bunuh Zhafran Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati Jika Sabit Kesalahan

Tertuduh didakwa bersama-sama melakukan pembunuhan terhadap Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

  • Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan membunuh pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu

      • Ad56 Image via Astro Awani
        Sebahagian daripada 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan rakan seuniversiti mereka.
    • Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik di universiti itu.

      Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.

      says.com

  • Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu dikatakan hanya mengangguk faham sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin

    • Lima tertuduh didakwa bersama-sama melakukan pembunuhan terhadap Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

      Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

      says.com

  • Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama

    • Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

      says.com

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi kes bunuh kejam sebelum ini:

Leave a comment