Suami Tendang Anak 2 Tahun Sampai Mati Sebab Isteri Tak Masak Nasi

Pertengkaran dipercayai berpunca daripada suspek yang mahu makan, tetapi tiada nasi di rumah untuk dimasak.

Disebabkan si isteri tak masak nasi, si anak pula yang jadi mangsa

Seorang bapa tergamak menendang anak sendiri yang baru berusia 2 tahun sehingga maut gara-gara perselisihan dengan isteri.

Dalam kejadian pada 6 April 2017 di Sumatera Utara, Indonesia itu, mangsa, Muhammad Ramadhan, 2, dilapor terpelanting dalam jarak satu meter lebih selepas ditendang bapanya, Indra, 24, sehingga maut.

Image via Merdeka

Menurut sumber, perselisihan faham di antara Indra dan isterinya Maryamah dipercayai tercetus kerana masalah ekonomi

Salah satu punca pergaduhan adalah ketiadaan beras untuk dimasak di rumah.

Sumber dari Merdeka melaporkan bahawa ketika kejadian berlaku, Indra gagal mengawal emosi lalu melepaskan kemarahan pada anak pertama, Muhammad Zairi, 3, dengan menendangnya sehingga jatuh ke lantai. Anak sulungnya itu mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri.

Terkejut melihat tindakan bapanya, Muhammad Ramadhan lantas menjerit ketakutan lalu menangis

Tangisan anak keduanya itu menjadikan Indra lebih berang dan bertindak di luar kawalan. Secara spontan, Indra terus menendang Ramadhan pada bahagian rusuk kiri menggunakan kaki kanan sehingga mengakibatkan kanak-kanak itu terpelanting lebih satu meter ke dinding.

Mangsa yang cedera di bahagian rusuk dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa, Muhammad Ramadhan.

Image via Dani/Metro24jam

Melihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, Indra terus panik dan memanggil isterinya untuk cuba membangunkan mangsa

Bagaimanapun, mangsa tetap tidak memberikan sebarang respon.

Pasangan ini kemudian menjerit meminta tolong daripada jiran tetangga. Jiran-jiran yang hadir ke kediaman mereka segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Difahamkan, pertengkaran pasangan itu berpunca daripada suspek yang mahu makan, tetapi tiada nasi di rumah untuk dimasak.

Selepas ditahan pihak polis, Indra mengaku menyesal dan memberitahu bahawa beliau tidak berniat untuk membunuh anak kandungnya sendiri

Image via Dani/Metro24jam

Suspek tidak melawan dan menyerah diri ketika ditahan. Suspek akan didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment