Sejauh Mana Kita Boleh Capai Akan Datang Dalam Menuju Masa Depan Bebas Asap Rokok?

Meskipun dengan perkembangan yang ada, masih banyak usaha yang perlu diteruskan.

Cover ImageCover image via SAYS Seismik & PMI

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkembangan global ke arah masa depan bebas asap rokok boleh digambarkan sebagai 'separuh perjalanan' memandangkan adanya kemajuan yang ketara

Dalam satu sesi temu bual bersama Naib Presiden Komunikasi dan Penglibatan PMI, Tommaso Di Giovanni berkata walau bagaimanapun, meskipun dengan perkembangan yang ada, masih banyak usaha yang perlu diteruskan.

"Sekarang ada negara seperti Jepun di mana lebih separuh daripada populasi yang menggunakan nikotin telah beralih kepada tembakau yang dipanaskan (heated tobacco). Ada negara seperti New Zealand di mana kerajaan secara proaktif berkempen untuk menggalakkan mereka yang tidak berhenti supaya beralih kepada rokok elektronik dan tembakau yang dipanaskan. Negara terbabit pantas mencapai, definisi bebas asap rokok, iaitu kadar insiden merokok di bawah 5%.

"Sweden hampir bebas asap rokok selepas berdekad-dekad beralih daripada rokok kepada snus dan pouches. Dan beberapa negara lain seperti Itali, Republik Czech atau Greece, sedang menuju ke arah yang sama dengan sangat pantas. Jadi saya fikir lihatlah, ada kemajuan ketara yang dicapai, memandangkan produk-produk ini berada di pasaran kurang daripada satu dekad di kebanyakan negara," katanya.

SAYS.com

Naib Presiden Komunikasi dan Penglibatan PMI, Tommaso Di Giovanni.

Image via PMI

Dalam pada itu, Tommaso memaklumkan ada negara di mana majoriti besar masyarakat yang memerlukan nikotin masih menggunakan rokok

Menurutnya, bagi negara-negara tersebut, perjalanannya akan menjadi sedikit lebih panjang tetapi masih ada harapan untuk mempercepatkannya.

"Inovasi bertindak ibarat kayu hoki (hockey stick). Mungkin ada satu tempoh masa di mana kadar penerimaan adalah rendah, tetapi pada satu titik ia berkembang pesat secara mendadak (snowballs).

"Jadi saya benar-benar ingin berharap bahawa negara-negara tersebut, termasuk Malaysia, tidak lama lagi akan melihat trend itu dan dapat menyertai kumpulan New Zealand, Jepun, Sweden, di mana rokok menjadi perkara di masa lampau dan kesihatan awam bertambah baik dengan pantas," katanya.

SAYS.com
Image via PMI

Ramai masih percaya nikotin punca utama penyakit berkaitan merokok

Tommaso mendedahkan tinjauan pendapat dari seluruh dunia jelas membuktikan bahawa majoriti pengguna, dan juga masyarakat umum di luar, masih percaya bahawa nikotin ialah punca utama penyakit berkaitan merokok.

"Ini adalah palsu. Ia palsu kerana terdapat berpuluh-puluh organisasi saintifik yang bebas dan bereputasi seperti pihak berkuasa di AS, di UK, di Jerman, di New Zealand dan banyak lagi, yang mencapai kesimpulan yang sama berdasarkan ratusan kajian. Kita perlu tahu, ianya tidaklah bebas risiko, ia mendatangkan ketagihan, tetapi ia bukan yang menyebabkan penyakit berkaitan merokok.

"Mengapa orang masih mempercayai perkara itu? Kerana pada masa lalu, terdapat kempen untuk mematahkan semangat orang daripada merokok, dan sangat kerap kempen-kempen tersebut secara sengaja menyamakan nikotin dan merokok.

"Cabarannya hari ini ialah kita mempunyai produk yang bukan merokok, tetapi ia masih mengandungi nikotin. Jadi malangnya, kempen-kempen tersebut kini bertindak melawan kesihatan awam itu sendiri yang mereka dakwa ingin lindungi, dan mengelirukan orang ramai," ujarnya.

Mesej yang jelas dan konsisten perlu disampaikan

Penglibatan entiti kerajaan, komuniti perubatan, perlu sangat konsisten dan ringkas dalam penyampaian mesej mereka tentang nikotin, memastikan orang ramai memahami nikotin bukan isu utama.

"Isu utama ialah pembakaran yang dikaitkan dengan mana-mana produk seperti rokok, kerana pembakaran itu mewujudkan sebuah proses kimia yang melepaskan ratusan bahan toksik yang sangat berbahaya, yang boleh dikurangkan dengan ketara dalam produk seperti rokok elektronik atau tembakau yang dipanaskan di mana pembakaran tidak berlaku," kata Tommaso.

Tommaso ditemui dalam persidangan Technovation: Smoke-Free By PMFTC yang berlangsung di Manila Marriott Hotel, Pasay City pada 10 November yang lalu.

SAYS.com
Image via PMI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS