Dari Dapur Ke Litar Lumba, Gordon Ramsay Bakal Jadi Hos Baharu ‘Top Gear’

Ramsay menyifatkan pelantikan tersebut sebagai peluang menarik untuk membawa nafas baharu kepada rancangan berkenaan.

Cover ImageCover image via BBC

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay secara rasmi diumumkan bakal menjadi hos utama bagi rancangan permotoran popular terbitan BBC, Top Gear yang dijangka kembali bersiaran pada 2028

SAYS.com
Image via BBC

Menurut laporan BBC, penggambaran program tersebut dijadualkan bermula tahun depan bersama beberapa hos lain yang identitinya masih belum didedahkan.

Kemunculan semula rancangan itu dilakukan selepas ia direhatkan selama empat tahun susulan kemalangan serius melibatkan bekas hosnya, Andrew Flintoff ketika menjalani penggambaran di litar ujian pada Disember 2022.

Ramsay, 60, yang terkenal sebagai pengumpul kereta mewah termasuk Ferrari, Aston Martin dan McLaren Senna, menyifatkan pelantikan tersebut sebagai peluang menarik untuk membawa nafas baharu kepada rancangan berkenaan.

Sementara itu, bekas hos ikonik Top Gear, Richard Hammond turut menyokong pemilihan Ramsay

SAYS.com
Image via BBC

Walau bagaimanapun, Hammond mendedahkan beliau telah menolak tawaran BBC untuk kembali mengendalikan rancangan itu kerana mahu memberi ruang kepada barisan hos baharu.

Sebelum ini, pelawak Jimmy Carr turut dikaitkan dengan jawatan tersebut, namun dilaporkan menarik diri pada Selasa lalu.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS