Pesara Posmen Menang RM1 Juta, Pernah Raih Hadiah RM50,000 Pada 2019

Menariknya, beliau pernah memenangi hadiah RM50,000 menerusi cabutan sama pada 2019.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang pesara posmen dari Pulau Pinang tidak menyangka dirinya sekali lagi bertuah apabila memenangi hadiah RM1 juta menerusi Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)

Menurut laporan Harian Metro, Md Idris Ibrahim, 71, yang pernah berkhidmat di Pos Malaysia selama 31 tahun, dinobatkan sebagai Jutawan BSN SSP ke-129 selepas menyimpan secara konsisten sejak 2008.

Menariknya, beliau pernah memenangi hadiah RM50,000 menerusi cabutan sama pada 2019.

Md Idris berkata, dia pada mulanya tidak menjawab panggilan pihak bank kerana bimbang ia cubaan penipuan, sebelum akhirnya percaya selepas mengesahkan kemenangan itu di kaunter BSN.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Saya bimbang panggilan itu adalah cubaan penipuan sebab zaman sekarang kita kena berjaga-jaga. Tetapi akhirnya saya jawab juga kerana semua panggilan menggunakan nombor yang sama dan berasa sangsi apabila diberitahu saya menang hadiah RM1 juta.

"Saya sebenarnya pernah menang BSN SSP RM50,000 pada 2019 dan tak sangka akan menang lagi dengan jumlah lebih besar. Apabila saya pergi kaunter BSN jumpa kakitangan di sana barulah saya percaya ia benar,"
katanya.

Menurutnya, wang kemenangan berkenaan akan disimpan di bank dan dia turut merancang menambah simpanan SSP.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS