‘Highway’ LEKAS Ditutup Sementara Pada 28 & 29 November, Ini Laluan Alternatif Buat Pengguna

Difahamkan, penutupan itu melibatkan sembilan persimpangan dan 20 laluan masuk keluar.

Cover ImageCover image via Lekas Highway

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup sementara mulai 6 petang pada Sabtu ini hingga 4.30 pagi pada Ahad sempena penganjuran edisi ke-ll acara berbasikal RHB LEKAS HIGHWAY RIDE 2026

Menerusi laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd, Chua Lay Hoon berkata penutupan itu melibatkan sembilan persimpangan dan 20 laluan masuk keluar dari Persimpangan Kajang Selatan ke Persimpangan Paroi bagi memastikan keselamatan para peserta.

"LEKAS telah mendapat sokongan dan kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi melancarkan acara berbasikal ini.

"Kerjasama yang berterusan ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan acara berbasikal ini berjalan dengan selamat melalui penyelarasan yang berkesan selain menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat," katanya.

SAYS.com
Image via Lekas Highway

Pengguna jalan raya disaran rancang perjalanan menggunakan laluan alternatif

Sepanjang tempoh penutupan lebuh raya berkenaan, pengguna dari utara (Kuala Lumpur, Cheras dan Kajang) dan selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihat menggunakan Laluan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS sebagai alternatif untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Chua berkata pengguna juga dinasihat mematuhi papan tanda dan mengikuti arahan anggota trafik sepanjang tempoh itu.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi talian infoline LEKAS yang beroperasi 24 jam di 1-800-88-8021 atau merujuk saluran media sosial rasmi di X (@LEKAStrafik), Facebook (LEKAS Highway) dan Instagram (lekashighway).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS