Apa Itu ‘Post-Concert Depression’? Ini 5 Fakta My Chemical Romance Yang Buat Ramai PCD!

Mesti ramai yang belum move on dari konsert MCR kan?

Cover Image

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda pernah rasa susah nak move on selepas menghadiri konsert artis kegemaran?

Asyik teringat suasana konsert, lagu yang dimainkan dan momen menyaksikan idola di depan mata.

Perasaan itu mungkin berkait dengan fenomena yang dikenali sebagai Post-Concert Depression (PCD).

SAYS.com
Image via @fifahamsah (Threads)

Walaupun istilah ini bukan diagnosis perubatan rasmi, PCD sering digunakan untuk menggambarkan perasaan sedih, kosong atau sukar kembali kepada rutin harian selepas menghadiri konsert yang sangat dinanti-nantikan.

Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang mengalami emosi yang begitu kuat ketika konsert, termasuk rasa teruja, gembira dan puas sehingga pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam.

Malah, ada yang masih terngiang-ngiang lagu kegemaran, menonton semula video konsert berulang kali dan terkenang suasana ketika menyaksikan persembahan secara langsung, meskipun acara itu sudah berlalu beberapa hari.

Fenomena ini turut dapat dilihat di media sosial, khususnya Threads dan TikTok apabila ramai peminat masih berkongsi video konsert My Chemical Romance (MCR) yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)

SAYS.com
Image via @daniahamdan (Instagram)

Bagi peminat yang sudah menunggu selama bertahun-tahun, peluang menyaksikan band rock legenda itu beraksi di depan mata sememangnya menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Selain meninggalkan kenangan manis kepada peminat, MCR juga mempunyai perjalanan muzik yang cukup menarik.

Berikut lima fakta menarik tentang kumpulan rock Amerika Syarikat itu.

1. Ditubuhkan selepas tragedi 11 September

Vokalis utama MCR, Gerard Way, menyaksikan sendiri kejadian serangan 11 September 2001 ketika berada di New York.

Peristiwa tersebut memberi kesan mendalam kepadanya dan mendorong Gerard untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup.

Tidak lama kemudian, beliau menubuhkan MCR dan menulis lagu pertama kumpulan itu, Skylines and Turnstiles, yang turut mencerminkan pengalaman serta emosi selepas tragedi berkenaan.

SAYS.com
Image via DIY Magazine

2. Nama kumpulan diilhamkan daripada sebuah buku

Nama My Chemical Romance dicadangkan oleh pemain bass, Mikey Way, yang juga merupakan adik kepada Gerard Way.

Idea tersebut tercetus selepas Mikey melihat buku Ecstasy: Three Tales of Chemical Romance karya penulis Irvine Welsh ketika bekerja di kedai buku Barnes & Noble.

Nama itu akhirnya menjadi identiti kumpulan yang dikenali peminat rock di seluruh dunia.

3. Album ikonik mereka dirakam di rumah yang dikatakan berhantu

Album The Black Parade yang dilancarkan pada 2006 merupakan antara karya paling ikonik MCR.

Ketika proses penulisan dan rakaman album tersebut, ahli kumpulan berkenaan menetap di sebuah rumah agam lama di Los Angeles yang dikenali sebagai The Paramour.

Rumah itu dikatakan mempunyai gangguan misteri, malah Mikey Way dilaporkan mengalami tekanan emosi sehingga kumpulan tersebut terpaksa berpindah keluar.

SAYS.com
Image via Rolling Stone

4. Kostum The Black Parade direka oleh pereka terkenal

Penampilan seragam tentera berwarna hitam yang menjadi identiti era The Black Parade direka oleh Colleen Atwood.

Beliau merupakan pereka kostum terkenal yang pernah memenangi Academy Awards dan sering bekerjasama dengan pengarah filem Tim Burton.

Antara filem yang pernah menggunakan hasil rekaannya termasuk Edward Scissorhands dan Sleepy Hollow.

5. Gerard Way turut mencipta komik The Umbrella Academy

Selain dikenali sebagai vokalis MCR, Gerard Way juga mempunyai bakat dalam dunia penulisan komik.

Beliau merupakan pencipta siri komik The Umbrella Academy yang kemudiannya diadaptasi menjadi siri televisyen popular di Netflix.

Gerard turut mengasaskan label komik Young Animal di bawah DC Comics, membuktikan pengaruhnya bukan hanya terhad dalam industri muzik.

SAYS.com
Image via The New York Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS