Lembaga Peperiksaan Minta Bukti Susulan Dakwaan Soalan SPM Pendidikan Moral Bocor
Susulan hantaran itu, Lembaga Peperiksaan menerusi akaun rasminya di Threads meminta pengguna berkenaan mengemukakan maklumat lanjut untuk membantu siasatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dakwaan kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 bagi mata pelajaran Pendidikan Moral mencetuskan kebimbangan ramai selepas beberapa tangkap layar berkaitan perkara itu tular di media sosial
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @sh1man_, beberapa gambar yang dipercayai memaparkan kertas soalan berserta skema jawapan peperiksaan berkenaan telah dikongsikan bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.
"Sulit ke SPM? Semalam Bahasa Inggeris, hari ini Moral siap ada kertas," tulisnya.
Pengguna berkenaan turut menandai akaun rasmi Lembaga Peperiksaan dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek bagi meminta perhatian terhadap dakwaan berkenaan.
Antara tangkap layar yang dikongsikan memaparkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, termasuk gambar dipercayai kertas soalan, senarai topik serta dokumen yang menyerupai skema pemarkahan Pendidikan Moral.


Susulan hantaran itu, Lembaga Peperiksaan menerusi akaun rasminya di Threads meminta pengguna berkenaan mengemukakan maklumat lanjut untuk membantu siasatan

"Terima kasih atas makluman. DM (mesej peribadi) kami untuk maklumat dan siasatan lanjut," katanya.
Pengguna tersebut kemudian membalas komen berkenaan dengan memaklumkan bahawa dia mempunyai semua bukti berkaitan dakwaan itu.
Hantaran berkenaan turut meraih lebih 30,000 tontonan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai integriti peperiksaan serta keadilan kepada calon yang telah membuat persediaan untuk menduduki SPM.
Walau bagaimanapun, setakat ini, kesahihan dokumen yang tular dan dakwaan kebocoran soalan tersebut masih belum dapat dipastikan.
Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via