Koleksi KTMB Train Plushies Kini Hadir Dengan 6 Pilihan Blind Box & 1 ‘Design’ Misteri
Peminat blind box wajib kumpul!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat peminat plushies tempatan, anda wajib kumpul koleksi terhad daripada KTMB ini!
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membawakan koleksi plushies yang menarik untuk dikumpul dan dijadikan koleksi.
Menurut KTMB, koleksi KTMB Train Plushies ini hadir dengan 6 pilihan tren ikonik didatangkan dengan reka bentuk penuh nostalgia.
Berikut adalah senarai koleksi yang tersedia:
1. DMU – 61 Class
2. KTM Komuter – 92 Class
3. Diesel Locomotive – 26 Class
4. KTM Komuter – 83 Class
5. Diesel Locomotive – 24 Class
6. ETS3 – Class 94
Anda juga berpeluang untuk mendapat sebuah reka bentuk misteri yang dengan pembelian Blind Box Plushie Keychain ini.

Stok adalah terhad, boleh didapatkan di stor terpilih selagi stok masih ada
Buat masa ini anda boleh mendapatkan produk terbabit di Rail Shop & Rail Shop Kiosk, KL Sentral Level 2.
Bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan secara fizikal, anda tidak perlu risau kerana platform dalam talian akan tersedia tak lama lagi iaitu di platform online Rail Shop.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via