Lebih 400,000 Rakyat Malaysia Dikenakan Sekatan ‘Travel’, Ini Cara Semak Status Anda

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak status sekatan perjalanan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih daripada 400,000 rakyat Malaysia telah dilarang meninggalkan negara disebabkan oleh liabiliti tertunggak, perintah mahkamah dan perkara-perkara perundangan lain menurut Jabatan Imigresen

Menerusi laporan The Star, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menyatakan pada Isnin, 23 November, bahawa seramai 404,848 rakyat Malaysia telah dikenakan sekatan perjalanan imigresen sejak tahun 2024.

Beliau menjelaskan bahawa Jabatan Imigresen mengenakan sekatan perjalanan berdasarkan arahan atau pemberitahuan daripada agensi kerajaan dan pihak berkuasa penguatkuasaan yang berkaitan.

Zakaria turut menjelaskan bahawa individu terlibat tidak boleh sewenang-wenangnya menyelesaikan bayaran tertunggak di pintu masuk imigresen semata-mata untuk membatalkan sekatan tersebut.

"Jika seseorang rakyat Malaysia dihalang daripada meninggalkan negara akibat liabiliti tertunggak atau sekatan lain, individu berkenaan perlu menyelesaikan perkara tersebut secara terus dengan agensi yang mengenakan sekatan itu sebelum melakukan perjalanan," katanya.

SAYS.com
Image via Daily Express

Berikut adalah cara untuk menyemak status sekatan perjalanan sebelum anda ke luar negara:

Warganegara Malaysia boleh menyemak sama ada mereka dikenakan sekatan perjalanan melalui portal rasmi Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) kendalian Jabatan Imigresen, sebelum merancang perjalanan ke luar negara.

Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad 12 digit anda untuk menyemak status tersebut.

Selain itu, anda juga boleh menyemak status anda di kiosk layan diri SSPI yang terletak berhampiran kaunter daftar masuk penerbangan di lapangan terbang, atau hadir sendiri ke kaunter Jabatan Imigresen dengan membawa MyKad anda.

SAYS.com
Image via Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS