DBKL Pertimbang Saman Pejalan Kaki Yang Langgar Arahan Keselamatan Menerusi CCTV
Langkah itu antara pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan pejalan kaki.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan saman kepada pejalan kaki yang melanggar arahan papan tanda keselamatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)

Gambar sekadar hiasan.
Image via MotoqarMenurut laporan Kosmo!, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, langkah itu antara pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan pejalan kaki, terutama mereka yang melintas jalan di kawasan tidak dibenarkan.
Menurut data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, sebanyak 29 kemalangan maut melibatkan pejalan kaki direkodkan pada 2022, diikuti 21 kes pada 2023, 23 kes pada 2024 dan 20 kes pada 2025.
Antara lokasi yang sering berlaku kemalangan ialah Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek, Jalan Sultan Ismail dan Seri Petaling. Kebanyakan insiden dilaporkan berlaku pada waktu malam.
Punca utama kemalangan dikenal pasti termasuk pejalan kaki yang tidak menggunakan lintasan disediakan serta kenderaan dipandu melebihi had laju

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Bagi mengurangkan risiko, DBKL turut melaksanakan beberapa langkah keselamatan seperti menyediakan lintasan pejalan kaki, memasang penghadang dan menambah kemudahan bagi mengehadkan kelajuan kenderaan kepada 30 kilometer sejam.
Selain itu, DBKL merancang membina lebih 22 kilometer laluan pejalan kaki berbumbung di sekitar Kuala Lumpur, dengan pelaksanaan dijangka bermula seawal Disember 2026.
Cadangan penguatkuasaan melalui CCTV itu masih dalam pertimbangan pihak berkuasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via