Jensen Huang Kembali Berkhidmat Sebagai CEO Nvidia, Kekayaan Menjulang Lepasi AS$143 Bilion
Difahamkan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut mengalu-alukan kepulangan Huang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lembaga pengarah syarikat Nvidia sebulat suara mengundi melantik semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan
Menerusi laporan Kosmo!, syarikat itu bertindak melantik semula Huang sebagai presiden, CEO dan ahli lembaga pengarah Nvidia, hanya 11 hari selepas peletakan jawatannya.
Lembaga pengarah Nvidia membawa Huang kembali selepas siri mesyuarat bersamanya menyaksikan mereka berpuas hati dengan 'ketelusan dan keupayaan beliau untuk memimpin'.
Saham Nvidia kemudiannya melonjak sekitar 31.5 peratus semalam selepas syarikat itu bertindak melaksanakan pelantikan tersebut.
HILARIOUS: Nvidia CEO Jensen Huang on his first day back after being reinstated: "This is my first day of work. I don't have a computer, so the IT department is going to give me a new PC. I'm hoping it's an RTX Spark." "I want to thank all of you. I'm terribly sorry for putting all of you through all of this. I've made some very terrible mistakes, and I'm going to work on coming back." An employee then RUNS UP and HUGS him as the packed lobby chants "Jensen! Jensen! Jensen!" "Thank you all for the second chance. I'm going to be a better CEO the second time around." https://t.co/KFbNrsRbNM
— RedWave Press (@RedWavePress) November 23, 2026
Kekayaan bersih pengasas Nvidia, Jensen Huang meningkat kepada lebih US$143 bilion
Menerusi laporan Berita Harian, jumlah tersebut direkodkan susulan pelantikan semula Huang.
Kekayaan bersih Huang dianggarkan berjumlah AS$143.44 bilion setakat 1700 GMT Isnin, meningkat kira-kira AS$32.4 bilion, menurut Forbes.
Huang kini menduduki tangga ke-13 dalam senarai individu terkaya dunia selepas melonjak lima anak tangga.
Scenes from Nvidia headquarters as Jensen comes back. The Nvidia employees wanted him back more than anything. Grateful to the President, everyone in the administration, everyone who signed the petition, everyone who supported Jensen publicly, everyone who called the board, everyone on the board who fought for him, everyone. This is why America is the greatest country on earth. Every part of Jensen's story would have only been possible in America. And remember that Gandalf the White was even better than Gandalf the Grey in every way. "Let's get to work." 🇺🇸
— Gavin Baker (@GavinSBaker) November 23, 2026
Huang meninggalkan Nvidia selama 11 hari selepas meletak jawatan pada 12 November
Ia susulan skandal membabitkan hubungan rapatnya dengan Alice Huang, bekas eksekutif syarikat Megaspeed Intertional.
Jabatan Kehakiman dan Jabatan Perdagangan AS kini sedang menyiasat Megaspeed berhubung kemungkinan pelanggaran sekatan eksport.
Alice turut disyaki menyalurkan maklumat kepada China, namun dakwaan itu ditolak oleh Kementerian Luar China sebagai tidak berasas.

Jensen Huang bersama, Alice Huang.
Image via AFPLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via