Ibu Sanggup Jawab SPM Sekali, Teman Anak Autistik Untuk Bagi Semangat Teruskan Belajar

Ibu kepada empat orang anak itu juga berharap untuk memperbaiki keputusan SPM beliau sebelum ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang ibu mengambil keputusan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian demi memberi semangat kepada anak lelakinya yang autisme untuk terus belajar

Mazlina Abdul Majid, 44, menduduki kertas peperiksaan bertulis pertamanya di SMK Kota Bharu, Kelantan pada Isnin, 23 November, bersama-sama anak lelakinya yang berusia 17 tahun, Muhammad Adam Daniel Othman.

Walaupun ditempatkan di dewan peperiksaan yang berbeza, Mazlina berkata beliau mahu menduduki peperiksaan tersebut supaya anak sulungnya itu tidak berasa keseorangan ketika membuat persediaan.

Menerusi laporan Berita Harian, Mazlina yang bekerja sebagai pembantu pembedahan pergigian di Klinik Pergigian Kota Bharu berkata Adam, yang didiagnosis menghidap autisme dua tahun lalu, bergelut untuk mengekalkan motivasi bagi menghadapi peperiksaan penting itu.

"Adam seorang penghidap autisme yang didiagnos dua tahun lalu dan dia selalu mengadu tiada semangat, selain rasa putus asa untuk menduduki peperiksaan besar.

"Saya mengambil keputusan untuk menemaninya dengan cara mendaftar sebagai calon persendirian dan menduduki SPM di pusat peperiksaan sama dengan Adam untuk memberi dorongan padanya," katanya.

SAYS.com
Image via Nik Abdullah Nik Omar/New Straits Times

Ibu kepada empat orang anak ini mengambil enam subjek dan menyatakan bahawa beliau melihat peperiksaan tersebut sebagai satu peluang untuk mencapai matlamat peribadinya

Menurutnya beliau mahu memperbaiki keputusan SPM terdahulu, dan keputusan yang lebih baik mungkin dapat membantunya melayakkan diri untuk gred jawatan yang lebih tinggi.

Mazlina berkata dirinya telah mendapat kebenaran daripada jabatannya untuk menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Mei dan segera menyediakan persediaan untuk pelajar di YouTube.

Beliau juga mendapatkan khidmat tutor peribadi untuk membantunya dalam mata pelajaran Matematik.

"Saya hanya belajar dan membuat ulang kaji pada waktu malam dan kebanyakannya dilakukan bersama Adam untuk memberikannya dorongan.

"Kini saya pula yang rasa berdebar, namun tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga kerana dapat bersama anak walaupun tidak berada di dewan peperiksaan yang sama," katanya.

SAYS.com

Muhammad Adam Daniel Othman (tengah) menghadiri peperiksaan bertulis SPM hari pertama di SMK Kota Bharu pada Isnin, 23 November.

Image via Kamarul Bismi Kamaruzaman/Utusan Malaysia

Sementara itu, Adam berkata kehadiran ibunya yang turut menduduki peperiksaan bersamanya membuatkan dia berasa lebih tenang

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia akan berusaha sebaik mungkin dan berharap mereka berdua akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

"Memang susah untuk belajar tapi apabila ibu ada di sisi menemani dan ulang kaji bersama, rasa lega dan saya akan cuba yang terbaik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS