Lebih Separuh Tiada Tabung Kecemasan, 61% Rakyat Malaysia Gagal Simpan RM1,000

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan keperluan untuk memperkukuh celik kewangan.

Cover ImageCover image via New Straits Times & Bernama

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) tahun 2024, lebih separuh daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk kecemasan

Laporan tersebut menunjukkan bahawa 61% rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk menyediakan jumlah wang tersebut bagi tujuan kecemasan. Keadaan ini telah bertambah buruk berbanding tahun 2021, apabila 47% rakyat Malaysia melaporkan kesukaran untuk mengumpul jumlah yang sama.

Menurut Bernama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan bahawa dapatan tersebut menyerlahkan hakikat bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka.

Beliau turut menyatakan bahawa hanya 37% rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hidup selama lebih daripada tiga bulan sekiranya mereka kehilangan sumber pendapatan utama. Angka tersebut berkurangan kepada hanya 18% bagi mereka yang mampu bertahan selama lebih daripada enam bulan.

"Ini adalah antara cabaran yang digambarkan melalui fakta dan angka yang dibentangkan oleh Bank Negara Malaysia. Oleh itu, saya percaya literasi kewangan adalah sangat penting dan mesti terus dipertingkatkan," katanya.

Beliau turut menekankan keperluan untuk memperkukuh literasi kewangan serta memupuk tabiat menabung sejak awal.

SAYS.com

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Image via Bernama

Ketua Pegawai Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, turut menekankan kepentingan memperkenalkan pendidikan kewangan sejak usia muda

Beliau menyatakan bahawa mengajar kanak-kanak tentang nilai wang, kepentingan menabung, dan prinsip-prinsip asas pelaburan akan membantu melahirkan generasi yang celik kewangan.

Langkah ini juga akan melengkapkan golongan muda untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik apabila mereka melangkah ke alam dewasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS