Doktor Kontrak Diberi Pilihan ‘Take It Or Leave It’ Untuk Jawatan Tetap Di Sabah & Sarawak

Dalam belanjawan 2027, semua doktor yang menamatkan latihan housemanship akan ditawarkan jawatan tetap.

Cover ImageCover image via Berita Harian & NSTP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Doktor kontrak yang ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan mulai awal tahun depan akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak bagi menangani kekurangan kakitangan yang serius di kedua-dua negeri tersebut

Menerusi laporan Free Malaysia Today, sumber daripada dua hospital utama di Lembah Klang menyatakan bahawa pengarah hospital berkenaan telah memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa mereka wajib menerima penempatan tersebut atau meninggalkan perkhidmatan kerajaan apabila kontrak mereka tamat.

"Pegawai kontrak akan menerima pelantikan tetap bermula Februari. Sekiranya mereka gagal melapor diri untuk bertugas seperti yang diarahkan, mereka akan kehilangan peluang untuk ditempatkan dalam perjawatan tetap.

"Perkhidmatan mereka akan berakhir sebaik sahaja kontrak mereka tamat," kata salah satu sumber.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa aturan tersebut juga akan terpakai kepada doktor pelatih yang menamatkan latihan mereka pada tahun hadapan, sebelum memegang jawatan tetap sebagai pegawai perubatan (MO).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP

Dalam belanjawan 2027, semua doktor yang menamatkan latihan housemanship akan ditawarkan jawatan tetap, sebagai tambahan kepada lebih 9,000 doktor kontrak yang dijangka menerima tawaran serupa pada tahun hadapan

Dua orang doktor yang bercakap dengan FMT tanpa didedahkan identiti berkata, sesi taklimat yang didakwa diadakan di hospital-hospital utama telah menimbulkan kebimbangan yang ketara, terutamanya dalam kalangan doktor yang sudah berkahwin.

"Walaupun kami faham bahawa kepentingan negara adalah penting, pihak berkuasa juga perlu mempertimbangkan kebajikan para doktor. Perpisahan yang berpanjangan antara pasangan suami isteri boleh menyebabkan keretakan dalam keluarga." kata salah seorang daripada doktor-doktor tersebut.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan seharusnya mengutamakan doktor dari Sabah dan Sarawak untuk ditempatkan di negeri asal mereka, sebelum mencari sukarelawan.

"Doktor yang belum berkahwin wajar dipertimbangkan, berbanding mengeluarkan arahan untuk menghantar semua orang ke sana tanpa memberi mereka pilihan," katanya.

Seorang lagi doktor menyatakan bahawa pengalaman lalu menunjukkan doktor yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak biasanya dimaklumkan akan berkhidmat selama dua hingga tiga tahun, namun ada yang akhirnya kekal selama empat hingga lima tahun.

"Ini merupakan salah satu ketidakpastian yang dihadapi oleh doktor yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS