Himpunkan 130,000 Penonton, Kuala Lumpur Catat Persembahan Terbesar MCR Di Asia Tenggara
Di sebalik hampir 130,000 suara yang bergema di Bukit Jalil, ada satu nama yang tidak harus dilupakan – Hello Universe.
Cover image via @goh_explore (Instagram) via Hello UniverseFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penantian penuh debaran selama hampir satu setengah tahun akhirnya terbayar apabila konsert mega kumpulan rock ikonik dunia, My Chemical Romance (MCR), yang berlangsung selama dua malam berturut-turut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 dan 20 November lalu melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang
Menghimpunkan kehadiran keseluruhan hampir 130,000 penonton sepanjang dua hari penganjurannya, Kuala Lumpur secara rasmi mencatatkan rekod sebagai lokasi persembahan terbesar MCR dalam siri jelajah Asia Tenggara kali ini, sekali gus mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi utama penganjuran konsert antarabangsa berskala mega.
Suasana di stadium keramat itu bergema dengan lautan manusia dan nyanyian bersama peminat yang mencipta momen penuh emosi, menjadikannya bukan sekadar sebuah persembahan muzik biasa, tetapi sebuah lipatan sejarah yang akan terus dikenang oleh peminat setia MCR di tanah air.

Di sebalik hampir 130,000 suara yang bergema di Bukit Jalil, ada satu nama yang tidak harus dilupakan – Hello Universe
Namun, di sebalik kejayaan luar biasa tersebut, ada sebuah perjalanan panjang yang wajar diberikan penghargaan.
Hello Universe, nama yang membawa impian ini kepada peminat Malaysia sejak awal, akhirnya menyaksikan penantian dan segala cabaran sepanjang hampir 18 bulan membuahkan hasil.
Bermula dengan pengumuman konsert, sambutan luar biasa ketika penjualan tiket, sehinggalah berdepan penangguhan dan pelbagai cabaran penganjuran, perjalanan membawa MCR ke Kuala Lumpur bukan sesuatu yang mudah.

Bagi puluhan ribu peminat yang setia menunggu, dua malam ini lebih daripada sekadar sebuah konsert. Ia merupakan pertemuan semula dengan muzik yang membesar bersama mereka, kenangan zaman remaja dan impian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Kejayaan ini turut membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar persinggahan dalam peta jelajah artis antarabangsa, tetapi sebuah pasaran yang mampu menjadi destinasi utama bagi persembahan bertaraf dunia.
Terima kasih Hello Universe kerana berani membawa sebuah impian besar kepada peminat Malaysia.
18 bulan penantian. Dua malam yang tidak akan dilupakan. Persembahan terbesar MCR di Asia Tenggara. Hampir 130,000 peminat. Satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


