Microsoft 365 & Outlook Tergendala, Pengguna Seluruh Dunia Sukar Log Masuk & Hantar E-Mel

Rata-rata pengguna menyatakan mereka menyedari masalah itu sejak semalam, apabila mendapati terdapat ralat pada sistem berkenaan.

Cover ImageCover image via AFP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkhidmatan e-mel Microsoft Outlook mengalami gangguan besar di beberapa rantau hari ini menyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mengakses e-mel masing-masing

Microsoft memaklumkan pihaknya sedang berusaha keras untuk mengurangkan kesan gangguan itu yang turut dipercayai menjejaskan beberapa produk lain syarikat berkenaan.

Aplikasi kerja Microsoft yang terbabit termasuk Outlook, Microsoft Teams, SharePoint dan beberapa aplikasi lain yang dikatakan mengalami masalah sambungan dan akses.

Bagaimanapun, aplikasi Teams ketika dilaporkan masih dapat digunakan seperti biasa.

Rata-rata pengguna menyatakan mereka menyedari masalah itu sejak semalam, apabila mendapati terdapat ralat pada sistem berkenaan.

SAYS.com

Microsoft berkata gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan tiba-tiba tidak dapat berfungsi, bukannya disebabkan pertambahan trafik.

Image via AFP

Menurut Microsoft, masalah sambungan itu berpunca daripada peningkatan beban pada infrastruktur syarikat di beberapa rantau

Pada awalnya, Microsoft berkata pihaknya sedang menyiasat laporan gangguan di rantau Amerika, sebelum mengesahkan masalah itu berkemungkinan menjejaskan sambungan perkhidmatan Microsoft 365 di semua rantau.

Microsoft 365 adalah perkhidmatan langganan berasaskan awan yang merangkumi aplikasi popular seperti Outlook dan Teams.

Menurut laman pemantau gangguan perkhidmatan, Downdetector, hampir 130,000 pengguna melaporkan masalah pada Outlook sejurus selepas jam 1 tengah hari waktu Timur Amerika Syarikat (AS) atau 6 petang GMT.

Jumlah laporan itu bagaimanapun menurun kepada kira-kira 50,000 pengguna pada jam 4.30 petang waktu Timur AS (9.30 malam GMT).

Dalam kenyataan di platform X, Microsoft berkata sebahagian infrastrukturnya mengalami peningkatan beban di beberapa rantau sehingga berkemungkinan menyebabkan masalah sambungan.

Syarikat itu turut memaklumkan sudah menghentikan sementara semua pelaksanaan kemas kini, mengalihkan trafik tambahan daripada infrastruktur terjejas dan memulakan semula pelayan yang mengalami gangguan bagi memulihkan perkhidmatan.

Selain Outlook, ribuan pengguna turut melaporkan masalah menggunakan Microsoft Teams dan pembantu kecerdasan buatan (AI), Copilot, menurut Downdetector.

SAYS.com

NACSA menjelaskan, gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukan serangan siber.

Image via Agensi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS