Belum Puas Ber-Emo? Evanescence Sambung Nostalgia Gothic Sebelum Tirai 2026 Berakhir
Kembali selepas 14 tahun, Kuala Lumpur jadi destinasi tunggal Evanescence di ASEAN.
Cover image via Hello UniverseFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi para peminat muzik rock alternatif yang masih belum sempat move on daripada kehangatan konsert My Chemical Romance (MCR) yang memukau hampir 130,000 penonton di Bukit Jalil minggu lalu, pesta nostalgia era 2000-an di ibu negara masih belum melabuhkan tirainya
Seakan-akan MCR menyerahkan baton persembahan, kumpulan rock gothic ikonik dari Amerika Syarikat, Evanescence, yang diterajui vokalis bersuara lantang Amy Lee, bakal menggegarkan pentas Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini, 28 November 2026, menerusi konsert Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026.
Kemunculan semula kumpulan pemenang dua trofi Anugerah Grammy itu amat dinanti-nantikan memandangkan ia menandakan kepulangan mereka ke Malaysia selepas 14 tahun, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu-satunya destinasi persinggahan di rantau Asia Tenggara bagi siri jelajah kali ini.

Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026 bakal gegarkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil
Sejak mencetuskan fenomena global menerusi album sulung Fallen pada tahun 2003, lagu-lagu malar segar mereka seperti Bring Me to Life, My Immortal, dan Going Under menjadi runut bunyi wajib generasi remaja era pemain MP3, Winamp dan saluran muzik MTV. Kini, selepas lebih dua dekad, ribuan peminat yang kebanyakannya kini sudah berkeluarga dan sibuk dengan kerjaya berpeluang menyanyikan semula karya-karya keramat tersebut secara langsung.
Dianjurkan oleh Hello Universe, malam penuh emosi dan nostalgia itu turut diserikan dengan penampilan khas penyanyi alternatif serta metal generasi baharu, Poppy, sebagai artis jemputan pembukaan yang bakal menghangatkan lagi suasana pentas sebelum tirai tahun 2026 berakhir.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


