STABILO × KPop Demon Hunters Lancar Koleksi Edisi Terhad Khas Buat Peminat Di Malaysia
Menariknya, rekaan koleksi eksklusif ini turut memberi penghormatan kepada elemen budaya Korea menerusi perincian Norigae.
Cover image via STABILOFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama alat tulis terkemuka dunia, STABILO, membawa fenomena filem animasi muzik popular Netflix, KPop Demon Hunters, terus ke ruang kreatif dan meja belajar menerusi pelancaran rasmi koleksi edisi terhad STABILO × KPop Demon Hunters di Malaysia baru-baru ini
Dilancarkan sempena sambutan ulang tahun pertama dunia HUNTR/X dan fenomena Saja Boys, kerjasama budaya pop ini menggabungkan karya seni watak yang berani serta perincian visual ikonik filem tersebut ke dalam rangkaian alat tulis kegemaran ramai, sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah, mahasiswa, mahupun aktiviti penulisan jurnal dan lakaran kreatif.
Menariknya, rekaan koleksi eksklusif ini turut memberi penghormatan kepada elemen budaya Korea menerusi perincian Norigae iaitu aksesori hiasan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti visual setiap anggota HUNTR/X, sekali gus mengubah alat tulis harian menjadi barangan koleksi penuh makna buat komuniti peminat.


Koleksi edisi terhad STABILO × KPop Demon Hunters
- STABILO swing cool: Penyerlah (highlighter) ikonik yang dilengkapi perincian hiasan khas bertema pada bahagian klipnya.
- STABILO superstars point 88 & Pen 68: Dilengkapi hiasan karakter istimewa pada bahagian penutup pen.
- Bekas Logam STABILO Pen 68 metallic: Hadir dalam kemasan edisi khas bergaya "Golden".
- Set Roller & Pensel Grafit: Menampilkan reka bentuk khas HUNTR/X serta barisan watak kegemaran peminat termasuk Saja Boys, Sussie Bird dan Derpy Tiger.
ㅤ
Gelombang pertama koleksi STABILO × KPop Demon Hunters ini sudah mula berada di pasaran dan kedai-kedai alat tulis terpilih di seluruh negara sejak 1 Oktober lalu, manakala pelancaran siri kedua yang menampilkan lebih banyak olahan produk klasik STABILO dijadualkan menyusul pada tahun 2027.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


