Gabung Seni Resin & Warisan Kulinari, CLAYCI Lancar Koleksi Miniatur Makanan MiniMeal DIY

Dua koleksi seni miniatur terbaharu itu ialah MiniMeal DIY Nasi Lemak Rendang Ayam dan MiniMeal Rice Series.

Cover ImageCover image via CLAYCI

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minat mendalam terhadap pendidikan serta kepelbagaian warisan budaya mendorong pengasas jenama kreatif tempatan CLAYCI, Crisci Chan, meneroka pendekatan unik untuk memperkenalkan keistimewaan gastronomi Malaysia dan Asia melalui penghasilan seni miniatur makanan

Berpegang pada prinsip bahawa proses pembelajaran tidak seharusnya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata, Crisci menerjemahkan visi berkenaan menerusi pelancaran dua koleksi seni miniatur terbaharunya, iaitu MiniMeal DIY Nasi Lemak Rendang Ayam dan MiniMeal Rice Series di Quayside Mall, Selangor baru-baru ini.

Menggunakan konsep buat sendiri (DIY), kedua-dua koleksi berkenaan membolehkan pengguna menuangkan resin cecair ke dalam mangkuk miniatur yang dilengkapi perincian bahan makanan bagi menghasilkan replika tiga dimensi (3D) yang menyerupai hidangan sebenar sekali gus menggabungkan aktiviti seni kreatif dengan penceritaan budaya di sebalik setiap sajian.

Menurut Crisci, makanan bukan sekadar hidangan harian, sebaliknya mencerminkan sejarah, tradisi, dan identiti sesebuah masyarakat yang wajar diwariskan kepada generasi muda serta diketengahkan kepada pelancong antarabangsa.

SAYS.com
Image via CLAYCI
SAYS.com
Image via CLAYCI

Koleksi MiniMeal DIY Nasi Lemak Rendang Ayam dengan berharga RM58 bakal dipasarkan secara eksklusif di Karyaneka

Inisiatif kreatif itu turut mendapat pengiktirafan dan sokongan Tourism Malaysia apabila koleksi MiniMeal DIY Nasi Lemak Rendang Ayam dengan berharga RM58 bakal dipasarkan secara eksklusif di Karyaneka sebagai cenderamata pelancongan rasmi negara, selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027).

  • MiniMeal DIY Nasi Lemak Rendang Ayam (RM58): Diinspirasikan daripada sajian ikonik identiti kulinari Malaysia, membolehkan pelancong membawa pulang kenangan manis melalui hasil karya seni buatan tangan sendiri.
  • MiniMeal Rice Series (RM58 sekotak / RM348 satu set): Menampilkan lima variasi hidangan nasi popular Asia iaitu Nasi Lemak Ayam, Claypot Rice, Nasi Sotong Masak Merah, Katsu Curry Rice, dan Nasi Bubur Daging with Cakoi, selain dilengkapi dua edisi kejutan istimewa iaitu Secret (Nasi Ayam Gepuk) dan Super Secret (Sushi Teishoku Set).

ㅤ

Majlis pelancaran di Quayside Mall itu turut dimeriahkan dengan persembahan murid sekolah, pameran karya seni miniatur, serta bengkel aktiviti kreatif buat para pengunjung sebagai usaha menghubungkan generasi melalui warisan kulinari serantau.

SAYS.com
Image via CLAYCI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS