Kejutan Untuk Konsert ‘MTR: Sidang Penutup’, Ella Bakal Persembah Single Baharu Secara Live
Hampir 10 tahun tak keluarkan single baru, Ella bakal dedahkan lagu terbaharunya di MTR: Sidang Penutup buat pertama kali pada 5 Disember ini.
Cover image via HITMAN SOLUTIONSFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ratu Rock negara, Ella, bakal menghadiahkan kejutan istimewa buat para penggemar dan peminat setianya apabila memilih pentas mega Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 5 Disember ini untuk mempersembahkan karya terbaharunya buat pertama kali secara langsung (live)
Perkembangan mengujakan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi legenda berkenaan menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini ketika berkongsi maklumat terkini mengenai persiapan rapi menjelang malam kemuncak konsert berkenaan.
Antara perkara paling mencuri perhatian peminat ialah pendedahan mengenai single atau karya lagu terbaharu Ella yang bakal dirakamkan, yang turut disenaraikan sebagai sebahagian daripada persembahan istimewa pada malam Sabtu tersebut.
Lebih bermakna, kemunculan karya terkini selepas penantian hampir 10 tahun itu merupakan hasil sentuhan magis komposer tersohor, Saari Amri, dengan tulisan lirik penuh puitis oleh Azam Dungun sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap gabungan mantap yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tempatan.
Persembahan sulung karya baharu itu di pentas Sidang Penutup memberi peluang eksklusif kepada para penonton yang hadir untuk menjadi golongan pertama mendengarkan lagu terbaharu daripada Ella dengan iringan pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Acis.

Persembahan gandingan istimewa Ella bersama barisan artis jemputan hebat tanah air, termasuk Yuna, Datuk Ziana Zain dan Shima
Dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tirai konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup berlabuh, kemeriahan malam bersejarah itu bakal diserikan lagi dengan persembahan gandingan istimewa Ella bersama barisan artis jemputan hebat tanah air, termasuk Yuna, Datuk Ziana Zain dan Shima.
Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, konsert mega ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan radio rasmi iaitu Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan THR Gegar; rakan media Astro Gempak, World of Buzz dan HLive; rakan media luar Libroff, Ad Box dan Laura Creative; serta The Saujana Hotel Kuala Lumpur selaku rakan hotel rasmi.
Bagi para peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah ini, tiket konsert masih boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi www.hitmanlive.com, manakala sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi talian +6012-2655783 atau menghantar e-mel ke [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


