Tular Dara, Amoi & Kelat Jadi Gambar Tiket Zoo Di Jepun, Aktivis Mahu Penjelasan

Antara pihak yang diminta menjelaskan perkara itu ialah MPT, PERHILITAN, NRES serta Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS).

Cover ImageCover image via Berita Harian & SInar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan gambar tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK), pada tiket kemasukan Zoo Tennoji di Osaka, Jepun, menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar pemindahan haiwan berkenaan ke negara itu

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, aktivis Dara.Amoi.Kelat.24434 bersama Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM) menggesa beberapa pihak berkaitan memberikan penjelasan rasmi mengenai penggunaan imej ketiga-tiga gajah tersebut.

Antara pihak yang diminta menjelaskan perkara itu ialah Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS).

Pemindahan gajah ke Jepun atas tujuan konservasi

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut kenyataan NRES pada 17 Mac 2026, pemindahan Dara, Amoi dan Kelat ke Jepun merupakan sebahagian daripada kerjasama konservasi antara kedua-dua negara.

Antara objektifnya termasuk menyokong kelangsungan spesies gajah Asia, memperluaskan kepelbagaian genetik gajah dalam kurungan serta meningkatkan kepakaran kakitangan dalam pengurusan dan penjagaan haiwan.

Kerjasama itu juga bertujuan menggalakkan penyelidikan serta pertukaran pengetahuan antara kedua-dua zoo.

Bagaimanapun, aktivis berkenaan mempersoalkan mengapa ketiga-tiga gajah itu kemudiannya dipamerkan kepada orang awam di Zoo Tennoji pada 21 April 2026, selain gambar mereka digunakan pada tiket kemasukan zoo tersebut.

Persoal penggunaan imej untuk tujuan komersial

Mereka turut mempersoalkan sama ada penggunaan gambar DAK bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai konservasi, mempromosikan perlindungan gajah Asia atau sekadar menarik pengunjung membeli tiket.

Menurut mereka, terdapat perbezaan antara penggunaan haiwan untuk tujuan pendidikan dan menjadikan imejnya sebagai bahan pemasaran komersial.

Mereka juga mahu mengetahui sama ada penggunaan gambar tersebut mendapat persetujuan pihak Malaysia serta tertakluk kepada syarat yang dipersetujui sebelum pemindahan dilakukan.

Selain itu, persoalan dibangkitkan sama ada PERHILITAN dan NRES mengetahui perkara berkenaan serta sama ada penggunaan imej itu dinyatakan dalam perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Aktivis berkenaan menegaskan bahawa persoalan itu bukan bertujuan menolak kerjasama konservasi antarabangsa. Sebaliknya, mereka mahu memastikan setiap tindakan yang dilakukan benar-benar selari dengan objektif konservasi yang diumumkan kepada rakyat Malaysia.

Mereka turut menggesa pihak berkaitan memberikan penjelasan secara terbuka demi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan kepentingan awam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS