MSAM x Karnival Jom Heboh Tawar Peluang Menang Rumah Kediaman & Kereta Elektrik BYD
Daripada persembahan konsert hingga peluang naik ke dek pemerhatian Menara Merdeka 118, acara tiga hari ini bawakan ilmu kewangan dengan cara paling santai.
Cover image via PNBFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Setiap kali menjelang hujung tahun, ramai antara kita mula merancang aktiviti santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu
Namun, selain sekadar keluar berjalan-jalan atau mencari hiburan semata-mata, alangkah seronoknya jika hujung minggu tersebut turut diisi dengan sesuatu yang memberi nilai tambah untuk masa depan.
Hakikatnya, topik berkaitan pengurusan wang dan pelaburan sering kali dianggap berat atau terlalu teknikal untuk difahami oleh orang ramai, terutamanya generasi muda.
Melihat kepada keperluan itu, pendekatan yang lebih santai, interaktif dan dekat dengan jiwa masyarakat dilihat mampu membuka mata ramai pihak bahawa celik kewangan sebenarnya boleh dipelajari dengan cara yang menyeronokkan.
PNB bawakan MSAM 2026 ke seluruh presint Merdeka 118
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Permodalan Nasional Berhad (PNB) bakal menganjurkan acara kewangan utamanya, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026 pada 27 hingga 29 November ini, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Stadium Merdeka.
Lebih istimewa, penganjuran kali ini tidak hanya tertumpu di satu lokasi sahaja, malah akan mengaktifkan keseluruhan presint Merdeka 118 bagi membawakan literasi kewangan terus kepada warga Lembah Klang.
Ini bermakna, pengunjung berpeluang merasai pengalaman menyeluruh yang merangkumi kawasan Stadium Merdeka, 118 Mall, serta Muzium Tekstil Merdeka (MTM) sepanjang tiga hari acara berlangsung.
Gabungan ilmu kewangan dan hiburan menerusi kerjasama Karnival Jom Heboh

Menariknya lagi, MSAM pada tahun ini menjalin kerjasama strategik bersama Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima yang sememangnya cukup sinonim dengan kemeriahan acara keluarga di Malaysia.
Menerusi kolaborasi ini, elemen pendidikan kewangan disatukan secara seimbang bersama pelbagai pengisian hiburan seperti persembahan konsert, penampilan selebriti tanah air, permainan interaktif serta aktiviti mesra keluarga.
Justeru, para pengunjung bukan sahaja dapat berhibur bersama insan tersayang, malah berpeluang membawa pulang ilmu yang bermanfaat untuk perancangan kewangan masa hadapan mereka.
Dengan gabungan tarikan sebegini, acara selama tiga hari ini dijangka bakal menarik kehadiran sekitar 250,000 pengunjung.
Memperkasa semua generasi melalui gerakan Kita Generasi Labur
Seiring dengan matlamat untuk menjadikan literasi kewangan bersifat inklusif untuk semua lapisan masyarakat, PNB dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) turut menggerakkan inisiatif Kita Generasi Labur.
Gerakan ini bertujuan memupuk budaya celik kewangan sepanjang hayat dengan menggalakkan rakyat Malaysia membina tabiat menyimpan dan melabur secara sihat sejak usia muda lagi.
Bagi menyemarakkan lagi semangat tersebut, pelbagai ganjaran dan promosi menarik disediakan untuk pengunjung:
1. Kumpul cop pasport untuk sertai cabutan bertuah
Pengunjung yang melengkapkan perjalanan dan mengumpul cop pasport di sekitar presint Merdeka 118 layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah hebat.
2. Peluang eksklusif ke dek pemerhatian Menara Merdeka 118
Bagi anda yang membuat pelaburan bersama ASNB,anda berpeluang menjadi antara yang terawal menikmati pratonton eksklusif ke dek pemerhatian ikonik, The View at 118(mekanisme penuh akan dimaklumkan kelak). Selain itu, barangan cenderamata dan hadiah percuma turut menanti bagi pelaburan serendah RM100.
3. Program kesedaran hingga ke peringkat sekolah
Bukan itu sahaja, sesi ceramah dan aktiviti literasi kewangan menerusi Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB) juga akan dijalankan di sekolah-sekolah bagi mendekati pelajar serta keluarga di luar tapak acara utama.
Peluang menang rumah dua tingkat, kereta BYD dan baucar percutian!

Selain ilmu pelaburan dan hiburan tanpa henti, tarikan paling dinanti-nantikan di MSAM 2026 sudah tentu deretan hadiah lumayan yang menanti pengunjung bertuah.
Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuklah:
• Hadiah Utama: Sebuah rumah teres dua tingkat di Suasana Ainsdale
• Kereta Elektrik: BYD Seal Performance
• Ganjaran Percutian: Baucar percutian bernilai RM50,000
Dalam pada itu, buat anda yang berada di luar Lembah Klang atau tidak berkesempatan hadir ke Stadium Merdeka, anda tidak perlu risau kerana kemeriahan ini turut dibawakan ke cawangan ASNB di seluruh negara sepanjang bulan November.
Malah, ganjaran di cawangan akan diteruskan dari 1 hingga 15 Disember dengan pelbagai hadiah menarik untuk pelaburan merentasi semua peringkat, di samping peluang mendapatkan penyertaan tambahan bagi kempen Pandu Impianmu 2.0.
Info penting sebelum anda berkunjung ke MSAM 2026
Sebelum anda merancang perjalanan ke presint Merdeka 118 hujung November ini, pastikan anda ambil tahu mengenai kemudahan parkir serta akses pengangkutan awam yang disediakan supaya urusan anda lebih lancar:
- Kadar rata RM6: Diberikan kepada pengunjung yang melengkapkan cop pasport MSAM mereka.
- Parkir Percuma: Diberikan kepada pengunjung yang melengkapkan kedua-dua cop pasport MSAM serta cop di 118 Mall.
- Akses Pengangkutan Awam: Pengunjung juga digalakkan menaiki tren ke Stesen MRT Merdeka (Laluan Kajang), LRT Plaza Rakyat (Laluan Ampang/Sri Petaling), atau Monorel Maharajalela yang terletak berhampiran tapak acara.
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada Kita Generasi Labur.
Ajak keluarga dan rakan-rakan anda ke Stadium Merdeka pada 27 hingga 29 November ini untuk meneroka dunia pelaburan dengan cara paling menyeronokkan, di samping merebut peluang membawa pulang pelbagai hadiah impian!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

