Hukum Derma Organ Dalam Islam Adalah Harus, Dr Zulkifli Jelaskan 7 Syarat Perlu Dipatuhi
Dalam masa sama, Dr Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada individu yang telah mendaftar sebagai penderma organ.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan hukum pendermaan organ dan tisu menurut perspektif Islam

Menerusi perkongsian di Threads, beliau menjelaskan bahawa hukum menderma organ dan tisu adalah harus malah amat digalakkan.
Walau bagaimanapun, terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses pendermaan dan pemindahan organ dilaksanakan mengikut ketetapan syarak.
Menurut Dr Zulkifli, antara syarat tersebut termasuklah:
- Penderma perlu memberikan keizinan sebelum meninggal dunia dalam keadaan berakal, baligh dan tanpa paksaan. Jika tiada, keizinan wali boleh diperoleh selepas kematiannya.
- Pemindahan organ terbukti mempunyai peluang kejayaan berdasarkan kebiasaan perubatan.
- Pendermaan dilakukan semata-mata untuk tujuan perubatan dan bukan kepentingan lain.
- Tidak boleh wujud sebarang unsur jual beli atau transaksi komersial dalam urusan pemindahan organ.
- Pemindahan dilakukan atas keperluan darurat atau keperluan syarie yang disahkan pakar perubatan apabila tiada alternatif lain untuk menyelamatkan pesakit.
- Tidak melibatkan organ reproduktif yang boleh menyebabkan percampuran nasab keturunan.
- Pemindahan perlu dilakukan di pusat perubatan bertauliah secara adil tanpa diskriminasi antara golongan kaya dan miskin.

Dalam masa sama, Dr Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada individu yang telah mendaftar sebagai penderma organ.
Jelasnya, sumbangan tersebut mampu memberikan peluang kepada insan lain untuk meneruskan kehidupan menerusi pemindahan organ.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via