Restoran Hidang Mi Goreng Didakwa Ada Najis Tikus Diarah Tutup Serta-Merta

Bahayanya kalau dah sampai ada najis tikus.

Cover ImageCover image via Finance Detik & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) susulan aduan pelanggan berhubung kehadiran lalat dalam makanan yang dihidangkan

Menurut laporan Kosmo!, JKNNS menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan diambil selepas Jawatankuasa Siasatan mendapati pemilik premis gagal mematuhi peraturan kebersihan makanan yang ditetapkan.

"Tindakan itu termasuk penutupan premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 serta pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya.

SAYS.com
Image via

Menurut JKNNS, pihaknya sentiasa menjalankan siasatan secara telus terhadap setiap aduan yang diterima.

Terdahulu, tular dakwaan seorang pelanggan menemukan objek menyerupai najis tikus dalam hidangan mi goreng di sebuah restoran di Sendayan sehingga menyebabkan seleranya terbantut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS