Baju Putih Ada Tompok Kekuningan Walaupun Kerap Dibasuh? Ini Tiga Punca & Cara Atasinya

Tak perlu risau lagi dengan tompok kuning di baju.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baju putih, cadar katil dan tuala putih selalu akan kehilangan warnanya sehingga menyebabkan tompok kekuningan di bahagian kolar, bawah ketiak dan tempat lain

Perkara ini boleh berlaku walaupun selalu dibasuh. Ada caranya untuk kita pastikan kekuningan ini hilang dengan menggunakan produk mencuci pakaian dan teknik yang betul.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Unsplash (Kelli McClintock)

Sebelum itu, kita perlu tahu punca mengapa tompok kuning-kuning ini boleh muncul di barangan fabrik dan pakaian yang anda miliki:

1. Peluh dan minyak daripada badan boleh meresap masuk ke fabrik

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Image via Google Gemini

Setiap kali anda memakai baju, kulit anda akan memindahkan peluh dan minyak ke fabrik. Dua perkara ini akan terkumpul terutamanya di bahagian kolar, pergelangan tangan untuk baju panjang dan di bawah ketiak.

Membasuh seperti biasa tidak akan membuang sisa-sisa ini. Lama-kelamaan, minyak yang terlekat itu akan teroksida apabila terkena udara sekali gus meninggalkan tompok kuning.

2. Kesan lebihan deodoran dan pencuci baju boleh menjadikan tompok kuning lebih teruk

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Guardian

Kesan kekuningan pada bahagian bawah lengan baju sering dikaitkan dengan produk deodoran yang mengandungi sebatian aluminium. Sebatian ini akan bertindak balas dengan peluh dan menyumbang kepada pembentukan mendapan degil pada fabrik.

Produk pencuci pakaian pula boleh menjejaskan penampilan pakaiwan berwarna putih. Penggunaan detergen atau pelembut fabrik secara berlebihan boleh meninggalkan sisa pada pakaian. Perkara ini berlaku terutamanya apabila mesin basuh dimuatkan dengan pakaian yang berlebihan sekali gus menyebabkan pakaian tidak dibilas dengan sempurna.

Penggunaan detergen yang terlalu sedikit juga boleh mendatangkan masalah kerana minyak badan dan kotoran mungkin kekal terperangkap di dalam fabrik.

3. Penyimpanan yang kurang baik dan penuaan semula jadi

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Clean Mama

Sisa peluh dan minyak badan yang tertinggal selepas cucian boleh terus teroksida semasa menyimpan. Keadaan lembap juga boleh menggalakkan pertumbuhan kulapuk terutamanya apabila pakaian tidak dikeringkan sepenuhnya sebelum dilipat dan disimpan.

Faktor lain ialah kehilangan agen pencerah optik, iaitu bahan rawatan yang digunakan untuk menjadikan fabrik kelihatan lebih putih dengan mengubah cara ia memantulkan cahaya.

Cucian berulang kali dan pendedahan kepada persekitaran boleh mengurangkan keberkesanan bahan ini sehingga menyebabkan pakaian lama kelihatan kusan atau kekuningan.

Jadi, apa yang anda perlu buat untuk menyelamatkan baju-baju dengan tompok kuning?

Anda boleh mula dengan melakukan rawatan awal di bahagian pakaian yang mempunyai kesan kotoran degil

1. Sapukan pencuci cecair yang sesuai berasaskan enzim terus pada bahagian yang kekuningan. Gosokkan secara perlahan ke dalam fabrik dan biarkan selama tempoh yang disyorkan mengikut arahan pencuci cecair.

Langkah ini boleh melonggarkan peluh dan minyak badan yang terkumpul untuk memudahkan ia ditanggalkan semasa kitaran cucian.

2. Gunakan peluntur oksigen yang boleh menanggalkan pelbagai jenis kotoran dan mengekalkan kecerahan fabrik putih.

Larutkannya dalam air mengikut arahan produk, kemudian rendam pakaian anda mengikut tempoh yang disyorkan sebelum dicuci.

Tetapi pakaian yang sudah lama atau terlalu kekuningan mungkin tidak dapat kembali kepada warna asal, terutamanya akibat penuaan fabrik atau baju yang lama.

3. Gunakan suhu air paling panas yang dibenarkan di label pakaian itu. Air yang lebih suam dapat membantu menanggalkan minyak badan yang terkumpul. Fabrik yang halus dan lembut mungkin memerlukan cucian air sejuk.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Unsplash (Franco Debartolo)

Memastikan baju putih anda bersih dan tidak kekuningan tidaklah terlalu susah, tetapi beberapa cara yang dikongsi dapat menjaga pakaian anda agar tahan lebih lama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS