6 Tempat Menarik Di Hong Kong Buat Muslim Traveller, Dari Muzium Hingga Cruise Bufet Halal

Hong Kong kini semakin membuktikan bahawa ia merupakan destinasi yang mesra untuk pelancong Muslim.

Cover Image

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hong Kong sering dikenali sebagai syurga membeli-belah dan destinasi hiburan bertaraf dunia

Namun, ramai yang masih beranggapan bandar metropolitan ini agak sukar untuk dikunjungi oleh pelancong Muslim kerana pilihan makanan halal dan kemudahan ibadah yang terhad.

Hakikatnya, tanggapan itu sudah tidak lagi tepat. Kini semakin banyak lokasi tarikan pelancongan, hotel dan restoran di Hong Kong menawarkan kemudahan mesra Muslim termasuk makanan halal, surau serta pelbagai kemudahan lain yang memudahkan pelancong beribadah sepanjang percutian.

Menerusi pengalaman Muslim Media FAM Trip Jelajah Hong Kong bersama Hong Kong Tourism Board (HKTB), SAYS SEISMIK berpeluang meneroka pelbagai lokasi mesra Muslim serta tempat makan halal yang wajib dipertimbangkan ketika anda berkunjung ke kota metropolitan ini.

Berikut enam lokasi yang bukan sahaja menarik untuk diterokai, malah lebih selesa khas buat pelancong Muslim!

1. Hong Kong Museum of History – Menyelusuri sejarah Hong Kong 400 juta tahun lepas secara percuma

SAYS.com

Pemandangan luar Hong Kong Museum of History.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Terletak di Tsim Sha Tsui, Hong Kong Museum of History merupakan antara lokasi terbaik untuk mengenali sejarah dan perkembangan Hong Kong dari zaman prasejarah sehingga menjadi bandar moden yang terkenal hari ini.

Antara tarikan utama di muzium ini ialah galeri The Hong Kong Story yang memaparkan perjalanan sejarah lebih 400 juta tahun. Pengunjung juga boleh melihat pelbagai replika seperti jalan lama Hong Kong, kedai ubat tradisional Cina, kedai runcit klasik dan suasana kehidupan masyarakat terdahulu yang cukup realistik.

SAYS.com

Replika sejarah Hong Kong dan jalan lama di dalam muzium.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Lebih menarik, kemasukan adalah percuma, menjadikannya destinasi wajib singgah terutama bagi mereka yang ingin mengisi masa sebelum meneruskan aktiviti sekitar Tsim Sha Tsui.

Lokasinya juga berhampiran pelbagai restoran halal dan masjid, sekali gus memudahkan pelancong Muslim mendapatkan makanan serta menunaikan solat. Namun, pengunjung perlu mengambil perhatian bahawa muzium ini ditutup setiap hari Selasa.

2. Ocean Park Hong Kong – Taman tema mesra muslim untuk seisi keluarga

Bagi pencinta haiwan dan aktiviti lasak, Ocean Park Hong Kong pastinya tidak boleh dilepaskan daripada senarai perjalanan.

Di sini, pengunjung boleh melihat panda gergasi yang menjadi ikon taman tema ini selain menikmati pelbagai tarikan seperti penguin, akuarium gergasi, roller coaster dan cable car dengan panorama indah menghadap laut.

SAYS.com

Gambar sekitar Ocean Park.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Bagi pencinta haiwan dan aktiviti lasak, Ocean Park Hong Kong pastinya tidak boleh dilepaskan daripada senarai perjalanan.

Di sini, pengunjung boleh melihat panda gergasi yang menjadi ikon taman tema ini selain menikmati pelbagai tarikan seperti penguin, akuarium gergasi, roller coaster dan cable car dengan panorama indah menghadap laut.

SAYS.com

Panda dan Penguin di sekitar Ocean Park

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Apa yang menjadikan Ocean Park lebih istimewa ialah kemudahannya kini sudah tersedia rapi buat pelancong Muslim. Terdapat beberapa restoran di dalam taman tema ini menawarkan makanan halal yang disediakan menggunakan dapur tanpa bahan tidak halal atau alkohol.

Selain itu, Ocean Park turut menyediakan ruang solat seperti surau yang lengkap dengan tempat mengambil wuduk, penunjuk arah kiblat serta ruang berasingan untuk lelaki dan wanita di kawasan Aqua City dan Thrill Mountain.

Ini membolehkan pengunjung menikmati aktiviti seharian tanpa perlu risau mengenai waktu solat atau mencari makanan halal.

SAYS.com

Sekitar kawasan The Bayview Restaurant.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Selepas puas berjalan di Ocean Park, singgah sebentar di Bayview Restaurant yang terkenal sebagai antara restoran halal di dalam taman tema tersebut.

Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan halal yang diperakui, membolehkan pelancong Muslim menikmati makanan dengan lebih yakin dan selesa.

SAYS.com

Suasana kemudahan surau yang disediakan di Ocean Park.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Selain menu yang menyelerakan, Bayview Restaurant turut menawarkan panorama laut yang cantik, menjadikan waktu makan lebih santai sambil menikmati pemandangan sekitar Ocean Park.

Gabungan kemudahan surau dan restoran halal menjadikan Ocean Park antara taman tema yang benar-benar mesra Muslim.

3. Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre – Singgah solat dan nikmati halal dim sum

SAYS.com

Di Sekitar Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Tidak lengkap rasanya melancong ke Hong Kong tanpa singgah di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang terletak di Wan Chai.

Masjid ini merupakan antara masjid utama di Hong Kong dan sering menjadi persinggahan pelancong Muslim untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan.

SAYS.com

Hidangan menu yang disediakan di Islamic Centre Canteen.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Apa yang lebih menarik, di tingkat lima bangunan ini terletaknya Islamic Centre Canteen yang terkenal sebagai restoran halal dim sum pertama di Hong Kong sejak tahun 2005.

Di sini, menu tradisional dimsum seperti siu mai ayam dan har gow disediakan menggunakan bahan halal sepenuhnya dengan dapur khas tanpa penggunaan daging yang tidak halal.

Selain itu, terdapat juga hidangan lain yang ditawarkan seperti ayam goreng rangup gaya cina, ayam kukus kicap bersama daun bawang serta ayam kukus sos halia.

Namun, pengunjung disarankan datang antara jam 10 pagi hingga 3 petang kerana hidangan dim sum hanya disediakan pada waktu tersebut.

4. Bauhinia Cruise – Bufet makan malam halal sambil menikmati Symphony of Lights

SAYS.com

Hidangan menu yang disediakan di Harbour Cruise-Bauhinia.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Jika ingin menikmati suasana malam Hong Kong dengan cara yang lebih istimewa, Bauhinia Cruise adalah pilihan yang sangat berbaloi.

Pelayaran selama kira-kira satu setengah hingga dua jam ini membawa pengunjung menyusuri Victoria Harbour sambil menikmati panorama bangunan pencakar langit Hong Kong yang dipenuhi cahaya pada waktu malam.

SAYS.com

Pemandangan dari atas cruise sepanjang pertunjukan Symphony of Lights.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Kemuncak pengalaman ini sudah tentunya pertunjukan Symphony of Lights yang berlangsung setiap malam pada jam 8.00 malam.

Lebih menarik, Bauhinia Cruise menyediakan buffet halal yang diperakui sejak tahun 2013, lengkap dengan persembahan muzik secara langsung. Ia merupakan pilihan ideal untuk pasangan, keluarga mahupun mereka yang ingin menikmati makan malam romantik sambil melihat keindahan bandar Hong Kong dari atas laut.

5. InterContinental Grand Stanford Hong Kong – Penginapan 5 bintang mesra Muslim

SAYS.com

Pemandangan dari luar hotel InternContinental Grand Standford Hong Kong.

Image via New Parents In Training

Bagi mereka yang mencari penginapan premium, InterContinental Grand Stanford Hong Kong merupakan antara hotel lima bintang yang menawarkan kemudahan lengkap untuk pelancong Muslim.

Terletak berhampiran Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui East, hotel ini bukan sahaja menawarkan pemandangan indah malah memperoleh pengiktirafan CrescentRating 5 sebagai hotel mesra Muslim.

SAYS.com

Suasana bilik hotel dan kelengkapan solat buat pelancong muslim.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Antara kemudahan yang disediakan termasuk sarapan halal di Café on M, pilihan halal room service serta dapur yang diperakui halal.

Bagi memudahkan ibadah buat pelancong muslim, hotel ini turut menyediakan penunjuk arah kiblat di dalam bilik, manakala sejadah dan al-Quran boleh diminta daripada pihak hotel. Ruang solat untuk lelaki dan wanita juga boleh disediakan mengikut permintaan tetamu.

6. Little Sheep Village Hot Pot Buffet – Bufet halal dengan konsep Conveyor Belt yang unik

SAYS.com

Bahagian hadapan Little Sheep Village Hot Pot Buffet.

Image via OpenRice

Selepas seharian meneroka Hong Kong, singgah pula di Little Sheep Village Hot Pot Buffet di Mong Kok untuk menikmati pengalaman makan yang sedikit berbeza daripada buffet biasa.

Restoran ini merupakan hot pot buffet halal pertama di Hong Kong dan mendapat pensijilan halal penuh. Menariknya, semua bahan yang digunakan adalah halal dan tiada alkohol disajikan di premis, sekali gus memberikan ketenangan kepada pengunjung Muslim untuk menikmati hidangan tanpa rasa ragu.

SAYS.com

Suasana dan keadaan makan di dalam restoran.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Keunikan restoran ini terletak pada konsep conveyor belt atau tali sawat yang bergerak seperti restoran sushi. Pelbagai pilihan daging, makanan laut, bebola, sayur-sayuran dan bahan-bahan segar sentiasa bergerak di hadapan meja, jadi pengunjung hanya perlu mengambil apa yang diinginkan sebelum dimasak di dalam periuk hot pot individu.

Konsep ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memudahkan setiap orang memilih bahan kegemaran masing-masing tanpa perlu beratur panjang di kaunter buffet. Selain pilihan sup yang pelbagai, restoran ini juga menawarkan hidangan sampingan, snek dan minuman untuk melengkapkan pengalaman makan secara bufet.

Berlokasi hanya sekitar dua minit berjalan kaki dari Stesen MTR Yau Ma Tei, Little Sheep Village Hot Pot Buffet menjadi pilihan popular dalam kalangan pelancong Muslim yang ingin menikmati pengalaman makan yang unik selepas puas menjelajah sekitar Hong Kong.

SAYS.com

Jika Hong Kong berada dalam senarai destinasi impian anda, pastikan enam lokasi ini dimasukkan ke dalam itinerari.

Image via Izzah Zakir/SAYS SEISMIK

Daripada muzium yang sarat dengan sejarah, taman tema bertaraf dunia, pelayaran malam yang memukau, masjid yang menyediakan halal dim sum, hotel bertaraf lima bintang sehinggalah pengalaman menikmati hot pot halal yang unik, Hong Kong kini semakin membuktikan bahawa ia merupakan destinasi yang mesra untuk pelancong Muslim.

Dengan kemudahan makanan halal yang semakin banyak, ruang solat yang mudah diakses dan pelbagai tarikan menarik untuk semua peringkat umur, anda tidak lagi perlu risau ketika merancang percutian ke kota metropolitan ini.

Jadi, jika Hong Kong berada dalam senarai destinasi impian anda, pastikan enam lokasi ini dimasukkan ke dalam itinerari supaya percutian anda bukan sahaja lebih menyeronokkan, malah lebih selesa dan tenang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS