Kos Minimum Kahwin Kini Cecah RM27,332, Purata Umur Pasangan Berkahwin Turut Meningkat Naik

Kestablian kewangan menjadi asas penting dalam membina dan mengekalkan kesejahteraan keluarga.

Cover ImageCover image via ikhlas & PP Signature Bridal

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Purata saiz isi rumah di Malaysia kini turun kepada 3.8 orang dan purata umur perkahwinan pertama meningkat buat lelaki dan wanita

Dilaporkan oleh Berita Harian, laporan ini didapati dari penemuan utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) yang dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS 26).

Menurut Nancy, walaupun purata umur perkahwinan meningkat, hasrat berkeluarga dalam kalangan penduduk masih kukuh apabila lebih separuh daripada 10 penduduk bujang menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Ketiadaan calon sesuai menjadi penyebab utama mereka belum berkahwin. Kajian mendapati 50.6% tiada calon sesuai dan 47.2% tidak berkahwin atas faktor kewangan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Purata perbelanjaan minimum perkahwinan meningkat sehingga RM27,000

Menurut beliau, dapatan KPKM-6 mendapati purata perbelanjaan minimum perkahwinan telah meningkat kepada RM27,332 berbanding RM20,047 sedekad lalu.

"Dapatan lain KPKM-6 menunjukkan faktor kewangan antara halangan utama untuk berkahwin. Purata perbelanjaan minimum perkahwinan yang diperlukan meningkat kepada RM27,332 berbanding RM20,047 sedekad lalu.

"Oleh itu, kemahiran pengurusan kewangan perlu diperkukuhkan,"
katanya.

Cabaran yang dihadapi remaja turut diperlihatkan

Kajian itu turut mendedahkan cabaran merentas generasi termasuklah tahap pengetahuan kesihatan reproduktif dan kesejahteraan mental dalam kalangan remaja.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jiwa Damai

Data menunjukkan 63.9% remaja masih mempunyai pengetahuan kesihatan repoduktif yang rendah manakala 24.7% menunjukkan sekurang-kurangnya tiga masalah kesihatan mental.

Warga emas masih menerima sumber kewangan daripada anak

Bagi warga emas, 45.9% masih menerima sumber kewangan daripada anak yang menunjukkan kebergantungan kepada keluarga walaupun usia emas.

Untuk datuk dan nenek, 25.3% masih menjaga kanak-kanak dibawah usia enam tahun. Kebergantungan ini dilihat khususnya apabila kedua-dua pasangan (ibu bapa kanak-kanak) yang bekerja.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Kajian ini merangkumi aspirasi dan kesihatan remaja, perkahwinan, kesuburan dan perancangan keluarga, kehidupan berkeluarga serta kesejahteraan warga emas. Ia melibatkan 16,273 kediaman di seluruh Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS