Pelajar Form 3 Maut Di Kuala Kangsar, Beberapa Pentadbir & Guru Direhatkan Dari Bertugas – Fadhlina

Pelajar terbabit ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah.

Cover ImageCover image via Fadhlina Sidek & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa pentadbir sekolah dan guru direhatkan daripada tugas buat sementara waktu susulan laporan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di Kuala Kangsar

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan kejadian ini diambil serius dan telah mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

"Beberapa pentadbir dan guru sekolah berkenaan telah diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu siasatan.

"Saya menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Menurutnya, murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan turut akan dibenarkan pulang pada hari Jumaat, 20 November 2026, bagi menjaga kesejahteraan warga sekolah.

SAYS.com

Polis dilihat melakukan siasatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar susulan kejadian.

Image via Syafiq Akhir

Rakaman CCTV sudah diserahkan kepada pihak polis

Beliau mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian berfungsi dengan baik dan sudah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.

"Saya memandang serius insiden ini dan sudah mengarahkan KPM memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara teliti serta telus," katanya.

Fadhlina juga sudah mengarahkan Jemaah Nazir untuk turun ke sekolah berkenaan hari ini bagi meneliti aspek pengurusan serta pematuhan terhadap prosedur keselamatan.

"Saya tegaskan kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan sekiranya dibuktikan menerusi hasil siasatan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS