Pekerja Sembelih Ayam Tidak Berbaju, Keadaan Premis Kotor & Meloyakan Cetus Rasa Jijik Orang Ramai
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa jijik dan kecewa melihat keadaan premis serta cara ayam itu dikendalikan.
Cover image via @abeoabe (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu video memaparkan keadaan sebuah pusat penyembelihan ayam di sekitar Pasar Pudu, Kuala Lumpur mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial apabila pekerjanya didakwa mengendalikan ayam tanpa memakai baju

Perkara itu terbongkar menerusi satu serbuan oleh Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) di beberapa premis sekitar kawasan berkenaan.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai AbeOabe mendakwa serbuan tersebut mendedahkan keadaan kebersihan pusat penyembelihan ayam yang membimbangkan.
Malah, pekerja warga asing dari Bangladesh dilihat melakukan kerja memotong ayam tanpa memakai baju.
Ketika ditanya mengenai tindakannya itu, salah seorang pekerja berkenaan memberikan alasan keadaan di premis tersebut panas.
Lebih mengejutkan, premis terbabit turut didakwa menggunakan khidmat tukang sembelih yang belum mempunyai Sijil Tauliah Penyembelihan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Perkara itu turut menimbulkan persoalan mengenai pematuhan syarat dan prosedur penyembelihan ayam di premis berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa jijik dan kecewa melihat keadaan premis serta cara ayam dikendalikan.
Ada juga yang mempersoalkan bagaimana premis berkenaan boleh beroperasi dalam keadaan kebersihan sedemikian, selain berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


