David Beckham Saman Syarikat Minyak Wangi RM169 Juta, Dakwa Produknya Dijual Murah
Difahamkan, tindakan berkenaan boleh menjejaskan imej jenama Beckham yang selama ini dikaitkan dengan kemewahan dan eksklusiviti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas bintang bola sepak England, David Beckham menjadi perhatian selepas syarikat miliknya, DB Ventures memfailkan saman terhadap syarikat kecantikan dari Jerman, Coty berhubung penjualan minyak wangi berjenama beliau pada harga murah
Menurut laporan Sinar Harian, DB Ventures mendakwa produk seperti rangkaian Classic, Instinct, Intimately dan Exquisite Leather dijual di kedai diskaun serta stesen minyak.
Difahamkan, tindakan berkenaan boleh menjejaskan imej jenama Beckham yang selama ini dikaitkan dengan kemewahan dan eksklusiviti.
Malah, peguam DB Ventures mendakwa mereka menemui produk berkenaan dijual di ruang barangan murah sebuah stesen minyak dan rangkaian peruncit bajet Britain, Poundland.

Susulan itu, DB Ventures menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$41 juta (RM169 juta) atas dakwaan pelanggaran perjanjian pelesenan
Bagaimanapun, Coty menafikan dakwaan tersebut dan memohon mahkamah di New York membatalkan saman berkenaan. Syarikat itu turut mendakwa DB Ventures cuba menamatkan perjanjian lebih awal bagi memindahkan kontrak jenama Beckham kepada firma lain, Interparfums.
Untuk rekod, Beckham membina empayar perniagaan selepas bersara daripada bola sepak dan kini memiliki kepentingan dalam kelab Inter Miami. Kekayaannya bersama isteri, Victoria Beckham, dianggarkan hampir 1.2 bilion pound (RM6.5 bilion).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via