Pelajar Sekolah Di Jerman Dikejarkan Ke Hospital Selepas Termakan Mufin Bateri Sel Butang
Mujur semuanya selamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 16 pelajar telah dikejarkan ke hospital selepas memakan mufin yang mengandungi bateri butang yang dihidangkan semasa jualan amal di sekolah
Kejadian ini berlaku di Sekolah Rendah Fröbel di Coswig pada 12 November lepas apabila seorang pelajar membawa mufin buatan sendiri untuk dijual semasa acara sekolah tersebut.
Menurut MDR stesen piniyar di Jerman, dua pelajar telah menemui satu objek kecil di dalam mufin mereka ketika sedang memakannya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via All RecipeObjek tersebut dikenal pasti sebagai bateri sel butang (button-cell), sekaligus menimbulkan kebimbangan bahawa kanak-kanak lain mungkin telah tertelannya tanpa disedari.
Polis kemudianya menemui tiga biji bateri daripada dua biji mufin. 16 pelajar yang telah memakan pastri tersebut dihantar ke hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Gambar sekadar hiasan.
Image via SpectrumPolis dedah bagaimana bateri boleh berada di dalam mufin yang dijual
Menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa daerah Wittenberg, 35 anggota kecemasan dan 12 buah ambulans telah dikerahkan ke sekolah berkenaan.
Walaubagaimanapun, hanya seorang kanak-kanak dibawa ke hospital menggunakan ambulans, dan 15 lagi pelajar lain dihantar oleh ibu bapa masing-masing atau menaiki kenderaan persendirian yang lain.
Mujurlah, tiada seorang pelajar pun yang mengalami kecederaan dan pemeriksaan perubatan mengesahkan tiada bateri yang tertelan.
Sepuluh pelajar dirawat di Hospital Perbandaran Dessau dan diberikan aiskrim percuma selepas selesai pemeriksaan.

Polis percaya bateri tersebut berada di dalam mufin secara tidak sengaja dan tercampur ke dalam adunan semasa proses penyediaan.
Pihak penyiasat tidak menemui sebarang bukti perbuatan khianat yang disengajakan. Dalam erti kata lain, pihak sekolah tidak bersalah dalam perkara ini.
Kejadian ini juga telah mencetuskan kebimbangan serius kerana menelan bateri sel butang satu perkara berbahaya yang boleh menyebabkan lecuran dalaman yang boleh mengancam nyawa terutamanya jika tersangkut di dalam esofagus.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Pedi MonSatu kejadian di Oregon, Amerika Syarikat baru-baru ini juga mengejutkan kerana pelajar mereka telah dihidangkan pretzel yang diperisakan dengan serbuk pencuci ketuhar.
Polis Jerman mengesahkan kesemua 16 pelajar kini selamat pulang ke rumah masing-masing pada 13 November.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via