Tragedi Nepal: Kerajaan MADANI Salur Bantuan RM714,000 Kepada Waris Mangsa Di Malaysia

Waris kepada setiap seorang daripada 54 mangsa pula bakal menerima RM10,000 secara sekali beri atau 'one-off'.

Cover ImageCover image via KESUMA

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan MADANI menyalurkan bantuan kewangan berjumlah keseluruhan RM714,000 kepada keluarga rakyat Malaysia yang terkesan akibat tragedi banjir dan tanah runtuh dahsyat di Nepal pada 26 Ogos lalu, sebagai tanda keprihatinan serta usaha meringankan beban waris yang kehilangan insan tersayang

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, bantuan berkenaan disalurkan menerusi dua inisiatif iaitu bantuan khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM540,000 dan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM174,000.

Menerusi bantuan khas yang diluluskan Jemaah Menteri, waris kepada setiap seorang daripada 54 mangsa menerima RM10,000 secara sekali beri atau 'one-off' manakala butiran pelaksanaannya diselaraskan dengan Kementerian Kewangan (MOF).

SAYS.com

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan bertanya khabar ahli keluarga mangsa tragedi banjir di Nepal pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir Nepal 2026, di Menara PERKESO baru-baru ini.

Image via Bernama

Menurut beliau, sebanyak RM174,000 pula telah disalurkan PERKESO kepada 28 keluarga mangsa yang memenuhi syarat kelayakan sebagai pencarum.

"Bantuan ini merangkumi bayaran kewangan segera sebanyak RM3,000 bagi setiap keluarga serta faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan, tertakluk kepada kelengkapan dokumen dan proses pengesahan kelayakan.

"Kerajaan memahami kesedihan dan kesukaran yang ditanggung keluarga mangsa, justeru bantuan berkenaan diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan,"
katanya.

Ramanan turut menegaskan bahawa walaupun bantuan kewangan itu tidak mampu menggantikan kehilangan insan tersayang, kerajaan akan terus memberikan perhatian terhadap kebajikan waris serta memastikan bantuan yang layak diterima disalurkan kepada penerima

Tragedi berkenaan berlaku apabila runtuhan ais dan batuan glasier berhampiran Sungai Lhende di wilayah Tibet, China, mencetuskan aliran banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet sebelum merebak ke beberapa kawasan di Nepal, termasuk Daerah Rasuwa.

Bencana itu menyebabkan kemusnahan kediaman, infrastruktur dan laluan perhubungan, selain mengganggu operasi mencari dan menyelamat. Dalam perkembangan awal insiden, seramai 55 rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi, sebelum proses pengesahan dan penyelarasan bantuan dilaksanakan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di bawah kepimpinan Ramanan akan terus menyelaras tindakan susulan berkaitan kebajikan keluarga mangsa, termasuk memastikan proses penyaluran bantuan dan faedah PERKESO berjalan lancar. Kerjasama turut dilaksanakan bersama agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan waris yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.

SAYS.com

Pandangan udara menunjukkan keadaan yang diselaputi lumpur selepas kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan nyawa di Devighat, daerah Nuwakot, Nepal.

Image via REUTERS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik