Tiada Lagi Pendaftaran Baharu Melalui UNHCR, Kini Diambil Alih Kerajaan Malaysia

Difahamkan, UNHCR juga menyambut baik inisiatif ini.

Cover ImageCover image via Reuters & UNHCR

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ribuan individu terpaksa meninggalkan negara mereka akibat konflik atau penindasan yang berlaku

Talian hayat yang digunakan oleh mereka adalah dengan berdaftar melalui Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) jika tiba di Malaysia.

Mulai 18 November 2026, UNHCR Malaysia mengumumkan di laman rasmi mereka telah menamatkan semua aktiviti pendaftaran dan dokumentasi mereka mengikut keputusan kerajaan Malysia untuk mengendalikan proses itu.

Kerajaan Malaysia akan menguruskan pendaftaran ini melalui program pendaftaran mengikut syarat kerajaan.

SAYS.com
Image via Malaysia Kini

Perubahan dasar ini menerima sokongan penuh

Perubahan dasar ini menunjukkan komitmen Putrajaya untuk memperkemaskan lagi rekod serta tadbir urus golongan pencari suaka (asylum seeker) di dalam negara.

UNHCR juga menyambut baik inisiatif ini dan melihatnya sebagai langkah memperkukuhkan sistem sedia ada.

Agensi antarabangsa itu memberitahu bahawa mereka menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia untuk kerangka pengurusan suaka yang lebih mantap.

Pelan hala tuju peralihan untuk perlindungan dan UNHCR menjadi rakan strategik

Perubahan berskala besar ini akan menimbulkan persoalan nasib mereka yang masih menunggu giliran atau memerlukan perlindungan segera. Perkara ini masih diteliti agar tiada golongan yang tercicir.

UNHCR kekal terlibat dalam perbincangan bersama kerajaan berhubung Pelan Hala Tuju Peralihan.

"UNHCR akan terus memberikan khidmat nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama sebagai rakan yang konstruktif sepanjang proses ini," jelas kenyataan.

SAYS.com
Image via Institute of Strategic & International Studies (ISIS)

Organisasi itu akan membantu kerajaan dari sudut kepakaran teknikal dan tetap akan meneruskan aktiviti kemanusiaan yang lain seperti penempatan semula pelarian ke negara ketiga dan menyalurkan bantuan kepada pelarian dan pencari suaka yang memerlukan perlindungan mendesak.

Selepas ini, ramai orang berharap sistem pendaftaran baharu ini dapat mengurus golongan pelarian dengan lebih teratur dan telus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik