Hanya Ujian Sistem Amaran Bencana, Jangan Panik Jika Telefon Berbunyi Kuat 19 November Ini
Orang ramai dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu ujian rintis secara langsung bagi Sistem Siaran Sel atau Cell Broadcast System (CBS) akan dilaksanakan esok 19 November
Dilaporkan New Straits Times, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengatakan ujian ini direka khusus untuk menghantar amaran siren automatik dan notis simulasi pemindahan terus ke telefon bimbit penduduk di lokasi berisiko tinggi yang kerap dilanda banjir seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang.
Sistem ini adalah lebih baik dari sistem amaran sebelum ini yang hanya memberi amaran melalui SMS sahaja.

Orang ramai dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik
Orang ramai dinasihatkan untuk bertenang kerana bunyi kecemasan ini boleh membawa kepada panik secara besar-besaran.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya mendengar deringan siren luar biasa atau menerima mesej simulasi pemindahan pada peranti masing-masing pada tarikh tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada sesi latih amal berjadual bagi menguji kesiapsiagaan sistem," menurut penjelasan.

Latihan ini akan memastikan peralatan dan infrastruktur sistem amaran berfungsi dengan sempurna sebelum perlaksanaan penuh ketika musim bencana.
Amaran kecemasan sebelum ini mempunyai kelemahan yang ketara di mana rangkaian mudah alih akan mengalami kesesakan teruk sekaligus menyebabkan penghantaran mesej amaran menjadi lambat. Amaran ini sering kali sampai terlalu lewat kepada mangsa bencana.
Sistem CBS akan berfungsi seperti radio tanpa keperluan data internet
Sistem ini akan berfungsi seperti pemancar radio satu hala dan terus memancarkan satu paket data khusus terus ke telefon bimbit yang serasi dan bersambung dengan stesen pemancar asas (BTS) di dalam perimeter zon sasaran.
Teknologi ini akan memintas sepenuhnya kesesakan trafik rangkaian. Ia tidak memerlukan nombor telefon peribadi, tidak memerlukan data internet aktif dan tidak memerlukan anda memuat turun aplikasi pihak ketiga.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaJika peranti anda serasi dan mendapat isyarat dari pemancar, amaran siren dan maklumat bencana akan terus sampai.
Ujian rintis 19 November ini bakal menjadi perintis untuk amaran pantas bagi memastikan komuniti setempat yang berisiko menghadapi bencana dapat membuat tindakan yang lebih awal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via