Wakil Perubatan Kongsi Kes Pesakit Nak MC, X-Ray Dedah Ada Sista Cacing Dalam Badan

Dibiarkan bertahun-tahun sehingga menjadi teruk.

Cover ImageCover image via @mrahmadzaili (Threads)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini seorang doktor telah berkongsi satu keputusan x-ray yang menunjukkan badan individu yang telah dijangkiti sista cacing

Dikongsikan di Threads oleh @mrahmadzaili yang merupakan seorang wakil perubatan menceritakan kejadian seorang pesakit yang datang untuk memohon cuti sakit (MC) kerana badan lenguh-lenguh dan sakit.

Disangka sakit otot yang biasa, Ahmad mengarahkan pesakit untuk menjalani x-ray. Setelah mendapat keputusan, pesakit itu telah dipanggil masuk semula untuk menerangkan keadaan badannya.

"Dia datang sebab nak MC saja. Dia cakap badan dia lenguh lenguh sikit,

"Saya ingat sakit otot biasa. Saya suruh X-ray untuk confirm saja,

"Sekali X-ray keluar, saya panggil dia masuk balik. Saya cakap, dik, ni bukan lenguh biasa,"
katanya di Threads

Dalam gambar x-ray yang dikongsi, terdapat beberapa tempat di dalam badan dipenuhi dengan butir-butir putih seperti beras.

SAYS.com
Image via @mrahmadzaili (Threads)

Difahamkan benda itu adalah sista cacing yang telah keras setelah bertahun-tahun dibiarkan sehingga melekat di otot pesakit itu dan memenuhi bahagian punggung, peha, perut dan belakang.

Digelar sistiserkosis, ia adalah satu jangkitan jaringan akibat larva cacing pita babi (Taenia solium) yang masuk ke dalam tubuh manusia. Perkara ini hanya berlaku apabila anda termakan telur cacing yang sangat halus dah tak nampak di mata kasar.

SAYS.com
Image via Radiopedia

Perkara ini lain dengan situasi termakan daging babi yang tidak dimasak dengan betul dan ada sista. Sebaliknya cacing dewasa akan ada di dalam usus bukannya di bahagian badan yang lain.

Ini hanya berlaku apabila termakan telur cacing yang masuk ke perut, menetas dan masuk ke dalam saluran darah dan pergi ke serata badan seperti otot, mata dan otak.

Perkara ini jika dibiarkan butir-butir itu akan mengeras sama seperti keputusan x-ray.

Jadi bagaimana telur cacing itu boleh masuk ke mulut?

Dikongsikan Ahmad, ada tiga cara paling mudah untuk telur masuk ke dalam badan.

1. Makan sayur dan buah yang tidak dibasuh dengan bersih tetapi sudah tercemar dengan telur.

2. Minum air yang tidak bersih atau ais yang dibuat daripada air yang tidak bersih.

3. Tangan telah memegang benda kotor. Tangan yang tidak dicuci menggunakan sabun digunakan untuk terus memegang makanan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via halodoc

Tiga perkara ini sahaja sudah cukup untuk telur itu masuk ke dalam badan.

Ahmad menjelaskan lagi, bukan sahaja daging yang perlu dijaga ketika memasak.

"Orang selalu i

ngat masak daging sampai masak sahaja dah selamat. Betul, itu penting untuk elak cacing dewasa," katanya.

Tetapi bagi mengelakkan dari situasi gambar x-ray itu, adalah lebih penting menjaga kebersihan tangan dan makanan mentah. Sayur perlu dibasuh dengan betul-betul. Papan pemotong daging dan sayur pula jangan dicampur. Tangan perlu dibasuh dengan sabun sebelum makan.

Apa cara untuk selamat dari terkena jangkitan ini?

Untuk selamat Ahmad mengesyorkan anda selalu membuat tiga perkara ini:

1. Masak daging sehingga betul-betul masak, jangan makan daging yang masih merah ditengah.

2. Basuh sayur dan buah dengan air bersih yang mengalir, bukan rendam sahaja.

3. Basuh tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas keluar tandas.

Tiga perkara mudah ini sahaja sudah cukup untuk membezakan orang yang terkena dan orang yang tidak kena dengan jangkitan sista cacing ini.

Beliau turut berpesan supaya orang ramai memakan ubat cacing setiap 6 bulan untuk mencegah dan mengawal jangkitan parasit usus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS