Peminat China Terbang Ke KL Demi MCR Kecewa Tiket RM24,000 Sudah Diimbas Orang Lain
Kesiannya dia, semoga dapat balik duit tu.
Cover image via @aaa2bdn (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang peminat tegar kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR), terpaksa menelan kekecewaan apabila tiket konsert yang dibelinya hampir setahun lalu didapati sudah digunakan individu lain
Lebih menyedihkan, lelaki dikenali sebagai Pan Ruichen itu sanggup terbang seorang diri dari Beijing, China ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsert jelajah My Chemical Romance 2026 The Black Parade di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, Pan difahamkan turut membatalkan komitmen kerjanya dan menggunakan satu-satunya cuti tahunan yang dimiliki tahun ini demi menghadiri konsert berkenaan.


Dia juga dilaporkan membelanjakan lebih AS$600 (kira-kira RM24,000) termasuk caj perkhidmatan untuk membeli tiket menerusi platform jualan semula antarabangsa, Viagogo.
Walau bagaimanapun, keterujaannya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tiba di stadium sekitar jam 6.30 petang dan dimaklumkan bahawa tiket miliknya sudah tidak sah.
Pemeriksaan mendapati kod QR pada tiket berkenaan telah diimbas individu lain sekitar jam 3.22 petang, iaitu lebih tiga jam sebelum ketibaannya
Dalam video tersebut, Pan meluahkan rasa kecewa kerana sudah mengorbankan masa, wang dan komitmen kerja untuk merealisasikan impiannya.
"Saya batalkan kerja saya, ini satu-satunya percutian yang saya ada untuk tahun ini. Saya datang ke sini seorang diri dari Beijing, China ke Kuala Lumpur. Saya habiskan lebih $600 termasuk caj perkhidmatan," luahnya.

Lebih mengecewakan, usaha mendapatkan bantuan daripada khidmat pelanggan Viagogo di lokasi kejadian juga tidak membuahkan hasil.
Dia mendakwa pihak khidmat pelanggan hanya memintanya menghantar gambar sebagai bukti melalui aplikasi rasmi, namun fungsi memuat naik gambar pula gagal beroperasi.
"Di mana perkhidmatan kamu, Viagogo? Satu-satunya khidmat yang diberikan hanyalah menyuruh saya menghantar gambar sebagai bukti di aplikasi kamu, tetapi aplikasi kamu sendiri tidak boleh menghantar gambar. Pulangkan semula wang saya," katanya.

Insiden itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial di platform X apabila seorang individu menggesa Viagogo bertanggungjawab dan memulangkan wang peminat terbabit.
Kejadian berkenaan sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli tiket menerusi platform jualan semula bagi mengelakkan risiko tiket palsu, pendua atau sudah digunakan pembeli lain.
Lihat video penuh di bawah:
Hey @viagogo, give this fan his money back! 🚨 He flew alone from Beijing to Kuala Lumpur—using his only vacation of the year—for the My Chemical Romance concert at Bukit Jalil National Stadium. • Paid over $600 (incl. service fees) almost a year ago • Arrived at 6:30 PM, told his QR code was ALREADY scanned at 3:22 PM • Viagogo's "support" asked for photo proof in the app, but the app wouldn't even let him upload a picture What exactly are people paying hefty service fees for? Refund him immediately! @viagogo 🎥 Credit: Pan Ruichen (潘睿宸) on Douyin (ID: 72347656131) #Viagogo #ViagogoScam #MyChemicalRomance #MCR #MCRKL #TheBlackParade
— Egllo (@aaa2bdn) November 19, 2026
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


