Rapid KL Perkenal Pas Rapid Kembara 7 Hari, Hanya RM110
Selain perjalanan tanpa had selama tujuh hari, pas ini juga memberikan pemegangnya akses kepada diskaun-diskaun istimewa.
Cover image via Rapid KLFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rapid KL kini memperkenalkan pas perjalanan tujuh hari baharu, 'Rapid Kembara', pada harga RM110 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026–2027
Menerusi laporan Bernama, Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Dr Prodyut Dutt menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan memperkukuh peranan pengangkutan awam dalam menyokong sektor pelancongan.
"Melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia, kami menyasarkan untuk menjadikan Rapid KL pilihan utama bagi pelancong yang meneroka Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
"Kami memahami bahawa pelancong masa kini mencari lebih daripada sekadar pengangkutan asas, mereka mengutamakan pengalaman perjalanan yang menyeluruh, merangkumi kunjungan ke destinasi-destinasi menarik serta akses kepada tawaran istimewa pada harga yang berpatutan," katanya.

Selain perjalanan tanpa had selama tujuh hari, pas Rapid Kembara juga membolehkan pemegangnya menikmati diskaun dan tawaran istimewa di lebih daripada 40 premis yang mengambil bahagian
Ini termasuklah tarikan pelancong, kedai makanan dan minuman, perniagaan gaya hidup serta beberapa penyedia perkhidmatan yang lain.
Dengan harga RM110, kos pas ini adalah kira-kira RM15.71 sehari menjadikannya lebih murah berbanding pas sehari sedia ada yang berharga RM25, serta pas tiga hari berharga RM55 (yang bersamaan dengan RM18.33 sehari).
Pas fizikal telah tersedia di semua kaunter Rapid KL sejak 1 November, manakala versi digital pula boleh didapati melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet bermula 2 November.
Anda boleh menyemak senarai lengkap premis yang terlibat serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai pas Rapid Kembara di laman web rasmi Rapid KL di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


