Kes Liwat & Bunuh Bayi 9 Bulan, Mahkamah Jatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Mahkamah turut menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai sangat kejam, tidak berperikemanusiaan dan mengkhianati amanah keluarga yang sepatutnya melindungi mangsa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penganggur yang membunuh dan meliwat bayi lelaki berusia sembilan bulan, iaitu anak kepada wanita yang juga isterinya, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini
Menurut laporan Kosmo!, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menggantikan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan terhadap Mohamed Badruldin Mohamed, 41, kepada hukuman mati.
Dalam penghakimannya, mahkamah berpendapat hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kekejaman jenayah yang dilakukan terhadap mangsa.
Hakim Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata, laporan bedah siasat menunjukkan terdapat kecederaan pada dubur mangsa serta lebam di bahagian kiri bibir yang konsisten dengan punca kematian akibat lemas.

Malah, ujian DNA turut mengesahkan sperma tertuduh ditemukan pada calitan dubur dan rektum bayi berkenaan
Mahkamah turut menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai sangat kejam, tidak berperikemanusiaan dan mengkhianati amanah keluarga yang sepatutnya melindungi mangsa.
Terdahulu, pada 24 November tahun lalu, Mohamed Badruldin dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dan meliwat bayi tersebut.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan hukuman berkenaan dan menggantikannya dengan hukuman mati bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via