Jeli Rehidrasi Di Farmasi Ini Terima ‘Review Rare’ Dr Taufiq Razif, Rupanya Bekalan Misi Sumud 1.0
Difahamkan, jeli rehidrasi tersebut pernah menjadi bekalannya sebelum ditahan tentera Israel ketika menyertai misi Sumud 1.0.
Cover image via @nabilaroslan (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu perkongsian di Threads baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila seorang ibu berkongsi alternatif untuk membantu anak mendapatkan semula cecair badan, iaitu jeli rehidrasi yang dijual di farmasi Alpro

Menurut pengguna Threads bernama Nabila, jeli tersebut lebih mudah diterima kanak-kanak berbanding larutan rehidrasi oral (ORS) kerana rasanya seperti aiskrim, terutama apabila diberikan dalam keadaan sejuk.
Perkongsian itu turut mendapat respons daripada ibu bapa lain yang mengakui anak mereka menyukai jeli berkenaan, termasuk ketika kurang selera makan dan minum akibat demam.
Dr Taufiq Razif kongsi pengalaman ketika Misi Sumud 1.0
Apa yang menjadikan hantaran itu semakin tular ialah komen daripada pendakwah, pakar keibubapaan dan aktivis kemanusiaan, Dr Taufiq Razif.
Beliau berkongsi bahawa jeli rehidrasi tersebut pernah menjadi bekalannya sebelum ditahan tentera Israel ketika menyertai misi Sumud 1.0.
"Ya saya makan rehydration jelly ni lah sebelum nak kena tangkap masuk penjara Israel masa sumud 1.0 dulu. Sebab tak tahu berapa hari ditahan makan minum di penjara sana kan. Ya, memang bagus untuk rehydrate balik cairan tubuh," katanya.

Pengalaman itu mencuri perhatian netizen sehingga hantaran berkenaan meraih lebih 487,000 tontonan dan 25,000 tanda suka.
Ramai menyifatkan komen Dr Taufiq sebagai ulasan luar biasa kerana datang daripada pengalaman sebenar ketika menyertai misi kemanusiaan.
Netizen ramal stok jeli bakal habis

Selain ibu bapa, orang dewasa turut menunjukkan minat terhadap produk tersebut dan ada yang bercadang menyimpannya sebagai persediaan di rumah.
Tidak kurang juga yang bergurau bahawa stok jeli berkenaan mungkin akan habis dalam masa terdekat susulan perkongsian tular itu.
Walaupun begitu, ibu bapa dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat ahli farmasi terlebih dahulu sebelum memberikan produk tersebut kepada anak, khususnya bayi dan kanak-kanak kecil.
Hal ini bagi memastikan produk berkenaan sesuai dengan umur serta diambil mengikut kaedah yang disarankan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


