Eskayvie Lancar Nexus Portal, Sasar 10,000 Usahawan Jana RM1,000 Sebulan Menjelang 2027
Sasaran strategik Eskayvie untuk membantu seramai 10,000 usahawan Nexus menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
Cover image via EskayvieFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat peneraju kesihatan dan kesejahteraan tempatan, Eskayvie, melancarkan Eskayvie Nexus Portal sebagai platform digital bersepadu untuk membantu usahawan baharu memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan, selain membolehkan pemimpin rangkaian memantau prestasi serta membimbing pasukan masing-masing secara sistematik
Dilancarkan sempena sesi Meet & Greet bersama Dr Kay pada 21 November lalu, portal tersebut menjadi tunjang utama kepada Misi 10K × 1K, iaitu sasaran strategik Eskayvie untuk membantu seramai 10,000 usahawan Nexus menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan secara konsisten menjelang tahun 2027.
Pengarah Urusan merangkap Pengasas Eskayvie, Datin Dr Kartika Wati Mohamed atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Kay berkata, inisiatif berkenaan dirangka khusus bagi membuka peluang menjana pendapatan tambahan kepada keluarga yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, termasuk golongan yang tidak pernah mempunyai pengalaman berniaga.

Datin Dr Kartika Wati Mohamed
Image via EskayvieMenurutnya, tambahan pendapatan RM1,000 sebulan amat bermakna bagi membantu sesebuah keluarga menampung perbelanjaan dapur, keperluan persekolahan anak-anak, mahupun tabungan kecemasan.
Justeru, Nexus Portal dibangunkan untuk menghapuskan kekeliruan usahawan baharu dengan menyediakan panduan langkah demi langkah sehingga mereka berjaya mendapatkan pelanggan pertama dan membina rutin jualan yang konsisten.
Ciri utama dan ekosistem Eskayvie Nexus Portal
- Konsep Explore, Learn, Grow: Menghimpunkan modul lengkap merangkumi pengetahuan produk Eskayvie, sistem perniagaan Nexus, strategi pemasaran digital, skrip perbualan, bahan promosi, serta panduan susulan pelanggan.
- Income Progress Tracker: Membolehkan usahawan menjejak perkembangan pendapatan semasa berbanding sasaran bulanan mereka, di samping membantu pemimpin rangkaian mengenal pasti ahli pasukan yang memerlukan bimbingan khusus.
ㅤ
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidikan dan Inovasi merangkap Pengarah Eksekutif Eskayvie, Datuk Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut menekankan kepentingan disiplin diri, kejelasan matlamat, serta kesediaan untuk terus belajar dalam memastikan kelangsungan dan kemajuan sesebuah perniagaan.

Datuk Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
Image via EskayvieBerbekalkan pengalaman 17 tahun dalam industri kesihatan, pelancaran ini sejajar dengan visi Eskayvie untuk memperkasa ekonomi dan kesihatan ummah. Dalam majlis sama, Eskayvie meraikan pencapaian siri animasi tempatan OWI yang meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube sejak mula ditayangkan pada 17 Oktober 2026.
Melalui kisah pengembaraan dan persahabatan, siri itu memperkenalkan pemakanan seimbang dan amalan hidup sihat kepada kanak-kanak dan koleksi barangan rasmi OWI menerusi laman web www.eskayvie.com.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


