MySiren Tak Akses Data Peribadi Pengguna, Tak Perlu Muat Turun Aplikasi – Fahmi Fadzil
Orang ramai disarankan mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing bagi memastikan peranti serasi dan boleh menerima notifikasi berkenaan.
Cover image via Sinar HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) tidak mempunyai akses kepada data peribadi pemilik telefon bimbit, sekali gus menepis kebimbangan orang ramai mengenai privasi pengguna

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil
Image via Sinar HarianMenerusi laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sistem yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu hanya berfungsi menghantar notifikasi amaran kepada pengguna di kawasan terlibat.
Menurutnya, MySiren menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran dihantar secara serentak tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi atau membuat pendaftaran.
Malah, sistem itu juga tidak mengakses sebarang maklumat daripada peranti pengguna dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penerima.
Buat masa ini, MySiren memberi tumpuan kepada amaran berkaitan banjir, tanah runtuh dan bencana alam sebelum diperluaskan kepada kejadian lain seperti kebakaran serta kehilangan individu

Dalam perkembangan sama, Fahmi memaklumkan ujian penerimaan amaran MySiren di seluruh negara akan dilaksanakan pada 29 November ini, jam 10.10 pagi.
Orang ramai disarankan mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing bagi memastikan peranti serasi dan boleh menerima notifikasi berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


