Tiga Tahun Ceroboh Bukit, Warga Asing Didakwa Bina Padang Bola & Gelanggang Sukan Haram
Difahamkan, kawasan berkenaan kini mempunyai padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang sepak takraw.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah kawasan berbukit berhampiran kawasan perindustrian di Kajang dipercayai diceroboh sekumpulan warga asing sejak kira-kira tiga tahun lalu sebelum dijadikan lokasi beriadah lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan
Menurut laporan Harian Metro, pendedahan itu dibuat selepas dua individu berkongsi rakaman menerusi TikTok Harmony Community Malaysia, memaparkan kawasan di puncak bukit yang didakwa telah dibersihkan dan diratakan.
Menurut seorang individu dikenali sebagai Amar, kawasan yang dahulunya dipenuhi semak belukar itu dipercayai dibersihkan oleh warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal.
Hasilnya, kawasan berkenaan kini mempunyai padang bola sepak, gelanggang bola tampar serta gelanggang sepak takraw.
Amar berkata, dia dan rakannya pernah terserempak dengan kumpulan warga asing yang berada di lokasi tersebut dalam jumlah yang ramai.
Selain digunakan untuk bersukan, kawasan itu turut dipercayai menjadi tempat berkumpul warga asing dari daerah lain
Lebih membimbangkan, Amar mendakwa ada antara individu yang ditemuinya mengakui tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah.
Keadaan itu turut menimbulkan persoalan mengenai bagaimana kawasan berkenaan boleh diceroboh dan dibangunkan tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan pencerobohan tersebut.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin melalui saluran rasmi bagi mengelakkan mereka melarikan diri selepas sesuatu isu tular.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu pencerobohan tanah kerajaan berada di bawah bidang kuasa agensi lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via